Karangan PPSR : Pengalaman : Banjir di Kampung Saya - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 21 May 2018

Karangan PPSR : Pengalaman : Banjir di Kampung Saya


Sudah berhari –hari hujan turun dengan tidak berhenti-henti. Air sungai pula semakin melimpah. Saya dan keluarga mula berasa cemas kalau-kalau berlaku banjir di kampung kami.

Selepas beberapa jam,air mula memasuki setiap ruang di dalam rumah saya. Paras air meningkat dengan begitu mendadak. Ayah mula mengangkat beberapa barang elektrik untuk diletakkan di tempat tinggi.  Kakak pula mengumpulkan dokumen-dokumen  penting ke dalam sebuah kotak untuk disimpan di tempat yang lebih selamat.

Paras air meningkat dengan begitu mendadak sekali. Kami sekeluarga tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.  Demi untuk  menyelamatkan diri, kami. Terpaksa memanjat bumbung rumah sementara menunggu diselamatkan.  Pada ketika itu air sudah naik hingga ke paras bumbung . Kami sekeluarga terpaksa berada di atas bumbung rumah selama semalaman.

Keesokan harinya, barulah pasukan penyelamat datang menyelamatkan kami.   Kami sekeluarga kemudiannya di tempatkan di sebuah pusat pemindahan banjir.  Semasa di balai raya, kami dan mangsa-mangsa banjir yang lain telah diberikan bantuan makanan dan pakaian.    Kami semua terpaksa meninggal di situ sementara menunggu banjir surut.

 Selepas dua hari, banjir mulai surut, kami mula dibenarkan  pulang ke rumah masing-masing.   Sewaktu berada di rumah, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah yang kotor kesan daripada banjir tersebut. .

1 comment:

Unknown said...

Sepatutnya 6 perengaan tapi kenapa ni ada 5 ja?

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot