Karangan PPSR : Pengalaman : Hari Sukan di Sekolah Saya - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday 21 May 2018

Karangan PPSR : Pengalaman : Hari Sukan di Sekolah Saya


Sekolah saya telah mengadakan hari sukan pada bulan Mac yang lalu. Sebanyak empat buah rumah sukan telah mengambil bahagian. Rumah-rumah sukan itu ialah Rumah Bendahara, Rumah Laksamana, Rumah Temenggung dan Rumah Shahbandar.

            Pada hari sukan tersebut, sekolah saya telah dihias dengan cantik.  Bendera kecil yang berwarna-warni telah digantung dari pintu pagar hingga ke padang.  Di padang pula terdapat khemah yang dihias cantik.

            Hari sukan dimulakan dengan perarakan masuk pasukan yang mengambil bahagian.  Saya turut menyertai perarakan ini mewakili rumah kuning.  Antara acara yang dipertandingkan ialah ialah lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. 

            Semasa acara sedang berlangsung, murid-murid bersorak menyokong pasukan rumah masing-masing.  Ada juga ibu bapa dan waris yang datang melihat anak-anak mereka mengambil bahagian dalam acara sukan.  Saya turut mengambil bahagian dalam acara 100 meter dan 4 X 100 meter. Saya mendapat tempat pertama dan kedua dalam kedua-dua acara tersebut. Acara terakhir yang dilangsungkan ialah acara tarik tali antara guru dan waris. Acara ini di telah dimenangi oleh waris.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tuan guru besar.  Johan keseluruhan dimenangi oleh rumah Bendahara.  Walaupun agak keletihan, saya seronok menjayakan hari sukan disekolah saya.

2 comments:

Unknown said...

Thank you.i guess

Unknown said...

Thank you.i guess

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot