Kata Penguat - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 19 May 2018

Kata Penguat


Nota : Kata Penguat
  1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

  1. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling

  1. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

  1. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
1.    Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.    Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.    Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.    Kereta api itu sangat laju.
5.    Kereta itu laju sangat.


Gariskan kata penguat yang sesuai.

Latihan A

1.    Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat membuat  kerja.

2.    Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Yusuf Taiyob sesuai (agak, sekali, paling) untuk graduan universiti.

3.    Rumah banglo yang dibina di kawasan perumahan itu merupakan rumah yang (terlalu, paling, benar) cantik di situ.

4.    Udara di puncak bukit itu nyaman (agak, sekali, paling).

5.    Pensel yang diasah oleh Julaiha tajam (sungguh, paling, terlalu).

6.    Latihan Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Nasa  (nian, paling, 
       agak)mudah.


Latihan B
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.
   A Nian        B Benar           C Sekali                D Terlalu
      
2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
   A betul      B benar            C sekali                D paling
 
3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
   A paling    B sekali             C benar               D betul
      
4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Aida _________ manis.
   A nian       B agak             C betul                 D benar
  
5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
   A paling    B sekali            C betul                 D nian
  
6 Tulisan Fadzil  _________ cantik dan kemas.
   A sungguh     B sekali       C benar               D nian

  

7 Cerita yang dikarang oleh Aliesya itu _________ menarik.
   A amat          B betul       C benar              D sekali
       
8 Rasa buah durian itu _________ sedap.
   A betul       B benar         C sekali               D sangat
       
9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
   A paling     B sekali         C betul                D nian

10 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Habsah ____________rangup.
   A sekali       B betul         C amat              D nian
 
  
  
Jawapan: Latihan A

  1.  sangat
  2.  sekali
  3. paling
  4. sungguh
  5. agak  

 Jawapan : Latihan B

  1.   D Terlalu
  2.   D paling
  3.   A paling
  4.   B agak
  5.   A paling
  6.   A sungguh
  7.  A amat
  8.   D sangat
  9.  A paling
  10.  C amat

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot