Menyambung karangan
Malam semakin larut. Salakan anjing salakan
anjing, sayup-sayup kedengaran. Aku keseorangan di rumah. Ibu bapa ku masih belum pulang dari mengunjungi datuk ku di kampung. Mulakan
karangan kamu dengan tiba-tiba...
Tiba-tiba
dentuman petir mengejutkan aku. Kilat mula sabung-menyabung diikuti hujan dan
ribut petir. Aku menjadi semakin takut dan gelisah memandangkan aku tinggal
seorang diri di rumah pada ketika itu.
Perasaanku
menjadi semakin tidak tenteram. Aku yang sedang mengulang kaji segera menutup buku. Aku menutup dan mengunci
semua pintu dan tingkap. Tanpa berlengah aku terus menuju ke kamar lalu
berbaring di atas katil sambil menutup wajahku dengan selimut.
Aku
benar-benar berasa takut. Peluh membasahi dahiku. Badanku tiba-tiba mengigil. Aku cuba melawan
perasaanku itu. Perasaanku semakin
berkecamuk memikirkan perkara yang
bukan-bukan. Hujan pula semakin lebat.
Aku cuba sedaya upaya melelapkan mata tetapi gagal.Aku berdoa agar ibu bapaku segera pulang. Pelbagai perasaan mula muncul dalam fikiranku.
Pada ketika itu, aku terlihat kelibat bayangan orang di pintu bilikku yang kebetulan tidak ditutup rapat. Puas aku cuba mengamati nya namun tiada apa-apa yang kelihatan. Bulu romaku mula tegak berdiri. Tiba-tiba kedengaran suis lampu dipasang dan tapak kaki orang sedang berjalan. Aku terus membatukan diriku kerana ketakutan.
Bunyi tapak kaki itu semakin menghampiri bilikku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Serentak dengan itu, pintu bilikku dikuak dan namaku dipanggil. Aku memejamkan mata. Hatiku semakin cuak apabila bahuku digoyangkan oleh seseorang. Aku memeberanikan diri untuk membuka mataku. Alangkah gembiranya apabila ibu sudah pulang dan berada di depan mataku. Rupa-rupanya kelibat yang aku lihat tadi, adalah kelibat ibuku sendiri.
No comments:
Post a Comment