Sudah
berhari –hari hujan turun dengan tidak berhenti-henti. Air sungai pula semakin melimpah.
Saya dan keluarga mula berasa cemas kalau-kalau berlaku banjir di kampung kami.
Selepas
beberapa jam,air mula memasuki setiap ruang di dalam rumah saya. Paras air
meningkat dengan begitu mendadak. Ayah mula mengangkat beberapa barang elektrik
untuk diletakkan di tempat tinggi. Kakak
pula mengumpulkan dokumen-dokumen
penting ke dalam sebuah kotak untuk disimpan di tempat yang lebih
selamat.
Paras
air meningkat dengan begitu mendadak sekali. Kami sekeluarga tidak mampu untuk
berbuat apa-apa lagi. Demi untuk menyelamatkan diri, kami. Terpaksa memanjat
bumbung rumah sementara menunggu diselamatkan.
Pada ketika itu air sudah naik hingga ke paras bumbung . Kami sekeluarga
terpaksa berada di atas bumbung rumah selama semalaman.
Keesokan
harinya, barulah pasukan penyelamat datang menyelamatkan kami. Kami sekeluarga kemudiannya di tempatkan di
sebuah pusat pemindahan banjir. Semasa
di balai raya, kami dan mangsa-mangsa banjir yang lain telah diberikan bantuan
makanan dan pakaian. Kami semua terpaksa meninggal di
situ sementara menunggu banjir surut.
Selepas
dua hari, banjir mulai surut, kami mula dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing. Sewaktu berada di rumah, kami sekeluarga
bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah yang kotor kesan daripada
banjir tersebut. .
1 comment:
Sepatutnya 6 perengaan tapi kenapa ni ada 5 ja?
Post a Comment