NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 22 November 2023

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

 

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 

 

1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan . 


2. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

 

 Contoh ayat: · Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. · Saya berkawan dengannya semenjak kecil. 

 

Contoh ayat: Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin. · Persembahan itu akan dibatalkan. · Sambutan persembahan itu dingin. 

 

Apabila hujan turun dengan lebat, kawasan rendah itu akan banjir. · Hujan turun dengan lebat. · Kawasan rendah itu akan banjir. 

 

3. Ayat kecil yang menjadi keterangan kepada ayat utama boleh digolongkan kepada:

 

 a. Keterangan waktu : sesudah, setelah, sejak, sehabis, ketika, tatkala, sehingga, sewaktu, sampai, selama, sementara dan sebelum. 

 

b. Keterangan bersyarat : jika, jikalau, kalau, sekiranya, andaikata dan manakala. 

 

c. Keterangan akibat : hingga dan sehingga 

 

d. Keterangan sebab : sebab, oleh sebab, lantaran, dan kerana 

 

e. Keterangan perbandingan : seperti , bagai, macam, ibarat, laksana, bak, umpama, seakan-akan, seolah-olah, seumpama dan sebagaimana.

 

f. Keterangan harapan : supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau

g. Keterangan tujuan : untuk , demi , bagi 

 

h. Keterangan pertentangan : walaupun, bagaimanapun, biarpun, sungguhpun, namun, meskipun, sekalipun dan sedangkan 

 

i. Keterangan cara : dengan 

 

 Latihan Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan yang sesuai.

 

demi              sejak              sewaktu                    oleh                sebab                       supaya         kerana           walaupun              bahawa            untuk             dengan      

             

            Cerpen Kasut Kelopak Jantung mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru.  Teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu _____________ beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman.

 Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah __________________ sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun _________________ tidak membawa pakaian sukan.

 _________________ itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah _________ keselamatan kakinya.

Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah ______________ kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. ___________ hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui ___________

Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan ______________ pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain.

Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar __________ gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

 

 

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot