1.Kata ganda
separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2.Semua kata
ganda separa terdiri daripada kata nama.
Gandaan Separa/ Separuh
1. Gandaan
separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan
asalnya.
2. Hanya
diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki
|
bebola
|
lelabah
|
pepohon
|
jejari
|
kekuda
|
jejentik
|
kekabu
|
dedaun
|
kekisi
|
Senarai Kata Ganda Separa
Bebawang
,bebenang,bebudak,cecair,dedalu,dedaun,dedawai,gegendang,geguli,jejari, Jejarum,
jejentik, kekabu, kekisi,kekunci, kekuda, lelaki,lelangit,lelayang, pepejal
,pepijat, pepenjuru ,rerambut ,sesiku, sesungut ,tetamu, tetangga.
Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:
1.Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2.Peparu wanita itu berair.
3.Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
1.Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2.Peparu wanita itu berair.
3.Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka
makan bebotok.
5.Laluan masuk
ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah,
• Kata ganda
separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud
bilangan banyak/jamak
Perhatikan
penerangan yang berikut.
A.
Kata Ganda Separa (maksud
bilangan tunggal)
Contoh: oneng-oneng, tetamu, kekuda, tetulang, jejentik,
sesiku, kekabu, sesendi, tetupai, lelayang.
B. Kata ganda separa (maksud
bilangan jamak/banyak)
Contoh : lelada dedahan, kekotak, jejari, jejala, pepohon, dedaun,
bebuluh,
• Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan
tanda sempang (-).
Contoh: le-laki (X)
ke-kura (X)
lelaki (√) kekura (√)
• Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang
telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
1.a)Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke
udara. (X)
b)Dedaun
kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
c)Beberapa
helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
• Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna
tunggal atau satu.
Contoh:
1.Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2.Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.
Latihan Kata Ganda Separa
1 Pak Cha suka makan sup
____________ ikan.
A bebola B jejari C dedaun D kekabu
2 Bantal yang berisi
__________ amat lembut sekali.
A dedaun B kekabu C bebola D bebiri
3 Ayah menyapu __________
kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun B kekabu C bebola D bebiri
4 Daerah Kuala Kangsar
terkenal dengan penghasilan __________ Sayong
yang
digunakan untuk menyimpan air minuman.
A
kekuda B sesiku C kekisi D lelabu
5 Banyak __________ rendang
yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
A
dedahan B pepohon C dedaun D reranting
7 Anda boleh cuba membela
beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan
pembiakan ____________ di takung air.
A jejentik B.
kekuda C. rama-rama D.
pepijat
8 ____________ adalah sejenis
serangga yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
A. jejentik B.
lelabah C. rama-rama D.
pepijat
9 Jurutera
itu menggunakan _____________ untuk
melukis sudut 90 darjah.
A.
Pepara B. kayu-kayan C. Sesiku D.
jejari
10 Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _______________
di jalan raya yang sibuk itu.
A. Jejantas B.
jambatan C. jejambat D. jejari
11 ________________
yang merentangi jalan kereta api itu penuh sesak
dengan kereta.
A. Jejantas B. jambatan C.
jejambat D. jejari
12 __________ adalah
alat berkaki tiga untuk menopang papan hitam. Ia juga
merujuk
kepada kayu untuk menahan bumbung rumah atau
bahagian senapang atau pistol yang
meledakkan peluru.
A.
Kekuda B.
sesiku C. jejaki D. Gegendang
13 Skru
besar itu tidak dapat digunakan kerana __________ nya sudah haus.
A
sesendi B bebenang C kekuda D kekisi
14 Fuad meminta pekerja kedai basikal itu menggantikan
________________ basikalnya
yang
bengkok.
A. reroda
B. kekisi
C. Jejari D. rerantai
No comments:
Post a Comment