Imbuhan
Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan
asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan
imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu
baku.
Yang berikut ialah imbuhan
pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-
Bentuk
|
Imbuhan
Sanskrit
|
Imbuhan
Inggeris
|
Imbuhan Arab
|
Awalan
|
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
|
anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
|
bi-
|
Akhiran
|
-ita
-man
-wan
-wati
|
-ah
-at
-iah
-in
-wi/-i
|
Perhatikan penerangan di bawah
ini.
Imbuhan Inggeris
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
anti-
|
menentang/benci
|
antisosial, antikerajaan, antidadah, antisorok,
antirokok, antibodi, antirasuah, antikomunis, antiperang, antipenjajah,
antikeganasan
|
auto-
|
dengan sendirinya
|
automobil, autogear, automatik, autograf, autonomi
|
poli-
|
banyak
|
poligami, poligon, poliklinik,
politeknik, poligram, poliglot
|
pro-
|
menyokong/menyebelahi
|
prokomunis, prokerajaan,
prososialis, proaktif, prodemokratik
|
sub-
|
sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di
bawah
|
subtajuk, subbidang, subkelas, substandard,
subsistem, subgolongan, subtopik
|
Contoh penggunaan dalam ayat:
Kempen antidadah itu
dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
Tibet mendapat kuasa autonomi
daripada negara China.
Proses pemasangan kereta
dilakukan secara automatik oleh
robot.
Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
Perarakan itu dianjurkan oleh
pihak yang prokerajaan.
Jambatan yang runtuh itu didapati
menggunakan bahan yang substandard.
Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik
yang berlainan.
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
dasa-
|
sepuluh
|
dasawarsa, dasalumba
|
dwi-
|
dua
|
dwibahasa, dwihala, dwibulanan, dwicembung,
dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku, dwiwarna, dwikata, dwimusim
|
eka-
|
satu
|
ekahala, ekabahasa, ekawarna,
ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
|
juru-
|
orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
|
jurubahasa, juruhebah, jururawat, jurucakap,
jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek, juruterbang, jurutera, juruteknik,
juruselam
|
maha-
|
agung/besar
|
mahasiswa, mahasiswi, maharaja,
maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
|
panca-
|
lima
|
pancaragam, pancasila, panca
delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera,
pancalumba
|
pra-
|
sebelum
|
prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah,
praujian, prauniversiti, prasarana
|
tata-
|
sesudah/peraturan
|
tatabahasa, tatacara,
tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
|
tri-
|
tiga
|
tricabang, triwarna, tricara, trisuku, triwulan,
tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna, trihala
|
-ita
|
wanita/perempuan
|
biduanita, posnita, pranita
|
-man
|
orang yang memilik sifat/orang yang mahir dalam
sesuatu bidang
|
seniman, budiman
|
-wan
|
Pemilik sesuatu benda
Pemilik sesuatu sifat
Orang yang mahir dalam
sesuatu bidang
Orang yang melakukan
sesuatu perbuatan
|
karyawan, jutawan, wartawan,
negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan, cendekiawan, dermawan,
bangsawan, angkasawan
|
-wati
|
Perempuan yang mahir/pakar
dalam sesuatu bidang
|
seniwati, peragawati, olahragawati, sukarelawati
|
Contoh penggunaan dalam
ayat:
Jalan dwihala itu akan
ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi
agar kemalangan dapat dielakkan.
Sudah hampir triwulan
ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
Anak jutawan itu telah
diculik pada awal pagi kelmarin.
Peragawati itu sedang memperagakan pakaian
fesyen baru keluaran Butik Faizal.
Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya
sendiri.
Imbuhan Arab
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
bi-
|
tidak
|
biadab, bilazim
|
-ah
|
wanita/perempuan
|
qariah, ustazah
|
-at
|
orang perempuan/wanita
|
hadirat, muslimat
|
-iah
|
perkara/hal yang berkaitan
dengan sifat
|
jahiliah, hurufiah, ilmiah,
jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
|
-in
|
orang lelaki
|
hadirin, muslimin, musyrikin
|
Contoh penggunaan dalam
ayat:
Murid yang biadab itu telah diberi kaunseling.
Ustazah Zubaidah
mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
Pada zaman jahiliah, kaum wanita sering
ditindas oleh kaum lelaki.
Hadirin berdiri sewaktu
tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
Kaum muslimat diwajibkan memakai pakaian yang
menutup aurat.
INFO BAHASA
Dalam penulisan atau binaan ayat,
imbuhan asing maha- mesti
ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri
daripada kata nama.
Contoh:
1. maha + guru =
mahaguru
2. maha + siswa =
mahasiswa
3. maha + rani
= maharani
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mestilah ditjarakkan
daripada kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata
adjektif.
Contoh:
1. Maha + Esa = Maha
Esa
2. Maha + Mulia = Maha Mulia
3. Maha + Besar =
Maha Besar
Dalam penulisan atau binaan ayat,
imbuhan asing anti- dan pro- yang diikuti oleh kata nama
khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan diletakkan tanda sempang (-) di
antaranya.
Contoh:
anti + Amerika =
anti-Amerika
2. anti + Jepun =
anti-Jepun
pro + Malaysia =
pro-Malaysia
4. pro +
Korea = pro-Korea
Latihan
Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman.
1.Encik Mazlan merupakan seorang
usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang
diceburinya sejak lima tahun lepas.
2.Hartawan itu seorang yang merendah
diri dan beliau amat disenangi oleh jiran-
jirannya.
3.Datuk Siti Nurhaliza merupakan
seniwati yang disegani ramai.
4.Banyak wartawan asing hadir pada
majlis tersebut.
5.Abang Syafiq merupakan seorang
jurutera lulusan luar negara yang berwibawa.
6.Jamilah merupakan seorang peragawati
yang terkenal
7.Nabila belajar membaca sejak di kelas
prasekolah lagi.
8.Kami akan belajar tatabahasa pada
setiap hari Selasa.
9."Cuba jauhi prasangka buruk
terhadap kawan-kawan kamu," pesan Cikgu
Marina.
10.Buku yang tebal biasanya didahului
dengan prakata.
Baca petikan di bawah. Kemudian, salin semula ayat-ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman.
Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik. Farish hendak
mendapatkan rawatan doktor. Adik Farish, Fariza yang baru pulang dari kelas
prasekolah turut mengikut mereka.
Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Farish mengambil nombor giliran.
Sementara menunggu giliran, Farish membaca senaskhah majalah. Dia membaca rencana
mengenai seorang hartawan yang terkenal. Beliau seorang dermawan yang banyak
membantu golongan miskin. Isterinya pula seorang karyawan berbakat yang gemar
menghasilkan lukisan abstrak. Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya
yang cantik.
Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish. Farish pun
masuk ke dalam bilik rawatan. Farish menjaga tatasusila semasa berurusan dengan
doktor itu. Doktor memeriksa Farish dan memberinya ubat antibiotik.
2 comments:
Assalamualaikum tuan,
Saya mohon untuk guna dan kongsi bahan ini dalam PdPc boleh?
Tuan Pedro dan perusahaan pinjamannya telah sangat membantu perusahaan kami dengan memberikan kami fasilitas kredit untuk kelanjutan pertumbuhan bisnis pertanian kami. Saya sangat senang bahwa perusahaan saya berkembang kembali dengan bantuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberikan Yo $8,000,000.00 untuk pinjaman bisnis.
Tuan Pedro dan perusahaannya juga memberikan jumlah pinjaman berapa pun kepada individu atau perusahaan yang mencari cara untuk memperluas atau melaksanakan proyek mereka dengan bunga rendah sebesar 2% pengembalian tahunan. Hubungi mereka untuk membeli pinjaman bisnis Anda, pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, pinjaman awal, pinjaman mobil, dan pinjaman rumah. di dalam
WhatsApp +393510140339
pedroloanss@gmail.com
Semoga beruntung"
CELESTINO ARTURO
Menulis dari Ekuador
Post a Comment