Karangan UPSR : Syarahan : "Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya". - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 20 May 2018

Karangan UPSR : Syarahan : "Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya".


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Yang dihormati barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.   Pada pagi yang ceria ini, saya mewakilli kelas saya tahun 6 Zuhrah,  akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya".

Hadirin sekalian,

       Saban hari kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang ngeri sehingga mengorbankan banyak nyawa dan pada masa yang sama ramai yang mengalami kecederaan parah dan kehilangan anggota badan. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2014 oleh Universiti Michigan Amerika Syarikat, negara kita menduduki tempat ke 17 teratas jumlah kematian di jalan raya di dunia. Kajian oleh MIROS menunjukkan bahawa kebanyakan kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Oleh yang demikian adalah penting setiap dari kita menjaga keselamatan di jalan raya.

     Antara cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya ialah dengan merancang perjalanan kita terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana banyak kemalangan berpunca daripada pemanduan yang terburu-buru dan hendak cepat sampai ke destinasi. Perjalanan yang tidak dirancang menyebabkan seseorang itu memandu laju dan secara melulu kerana bimbang terlewat. Jika sesuatu perjalanan dirancang terlebih dahulu maka seseorang itu boleh memandu dengan tenang.

       Selain itu, kita semua sepatutnya mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya. Banyak kemalangan jalan raya berpunca daripada kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan. Sebagai contoh, kemalangan ngeri selalu berlaku di kawasan jalan raya yang berselekoh tajam. Ada pemandu yang gemar memotong kenderaan lain di tempat-tempat sebegini walaupun berbahaya dan boleh mengundang padah. Mereka tidak menghiraukan papan tanda "Dilarang memotong" atau garisan berkembar.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

    Kita juga perlu bertindak bijak sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Kita sepatutnya memeriksa terlebih dahulu kenderaan kita. Kita mesti memastikan semua komponen keadaan kita berfungsi dengan baik. Sistem brek, lampu isyarat, lampu hadapan dan tayar kenderaan kita perlu berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.

     Sebagai kesimpulannya, Menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab semua orang. Jika semua pengguna jalan raya menjaga  keselamatan, maka kemalangan dapat dielakkan. akhir kata, menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab bersama.

Sekian, terima kasih.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot