Oh, alangkah baiknya jika aku dapat mengindahkan tasik
ini pada suatu hari nanti.
Untuk
menceriakan tasik ini, aku akan menanam pokok-pokok bunga pelbagai jenis dan
warna di tebing tasik. Selain itu,
bangku dan pondok-pondok berehat akan aku bina di bawah pohon rendang yang
terdapat di sekitar kawasan tasik ini.
Bagi
pengunjung yang suka beriadah, laluan
dan tempat jogging yan berturap dan dihiasi cantik akan saya bina
mengelilingi tasik. Sambil beriadah,
para pengunjung juga dapat menikmati keindahan tasik. Ibubapa yang datang bersama anak-anak mereka
juga tidak perlu bimbang untuk beriadah di sini kerana taman permainan dan
alatan senaman turut akan saya bina di sekitar tasik ini.
Dengan
keindahan tersebut, tasik dapat dimanfaatkan oleh orang ramai sebagai taman
rekreasi keluarga yang ideal. Selain
dapat beriadah dan menghirup udara yang segar di sini, para pengunjung dapat
menikmati keindahan tasik yang mempesonakan. Hal ini secara tidak langsung
dapat menenangkan fikiran pengunjung setelah penat bekerja.
Tasik
impian aku ini juga boleh menjadi pusat rekreasi keluarga kerana semua ahli
keluarga dapat bersama-sama melakukan aktiviti bersenam, berjoging, berehat dan
bermain. Kolam yang sedia ada akan
menjadi habitat hidupan air yang teratur kerana menjadi tempat tinggal pelbagai
jenis ikan.
Aku
berharap agar manusia akan sentiasa menghargai tasik tersebut dengan cara
bergotong-royong membersihkannya. Sikap mengutamakan kebersihan perlu disemai
pada setiap pengunjung dan pengguna tasik ini.
Semoga impianku untuk menjadikan tasik ini sebagai pusat rekreasi yang
cantik dan bersih akan terlaksana suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment