Aku
sebuah beca. Aku pengangkutan tradisi.
Saya mempunyai dua tempat duduk dan ruang untuk meletak barang. Aku unik kerana bergerak hanya menggunakan
tenaga manusia. Aku menjimatkan wang
dan dapat mengelakkan pencemaran udara.
Pada masa kini, tubuhku dihias
supaya cantik dan menarik. Pelbagai
perhiasan seperti bunga-bunga tiruan serta payung yang berwarna warni menghiasi
seluruh tubuhku. Kebiasaaannya aku akan
turut dilengkapi dengan alat pemain muzik yang turut memperdengarkan irama
muzik yang terkini.
Selain daripada itu, kami juga
dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni dan berkelip-kelip untuk menambahkan
daya penarik kami. Ada juga
rakan-rakanku yang turut dihiasi dengan kain langsir dan bendera yang cantik.
Aku sekarang ini lebih banyak
terlibat dalam bidang komersial. Aku
sering digunakan dalam sektor pelancongan.
Pelancong-pelancong yang berkunjung ke negara kita tertarik untuk cuba
menaiki aku sewaktu bersiar-siar.
Sekiranya terdapat perayaan kenegaraan seperti sambutan Hari Kebangsaan,
aku turut mengambil bahagian dalam
perbarisan.
Kami para beca juga ada ketikanya di
sewa sewaktu meraikan peristiwa istimewa
dalam kehidupan seseorang. Ada ketikanya
kami digunakan untuk majlis perkahwinan, majlis perpisahan atau majlis
persaraan.
Pada masa akan datang, aku amat
berharap agar beca seperti aku ini dipertingkatkan kemampuannya. Kalau boleh
aku inginkan enjin supaya pengayuh beca tidak kepenatan untuk berkayuh. Selain daripada itu, aku juga berharap agar
keseluruhan diriku ini berbumbung dan berhawa dingin untuk keselesaan pengayuh
dan penumpang.
No comments:
Post a Comment