Rumah merupakan
tempat perlindungan daripada hujan dan panas. Selain itu, rumah juga merupakan
tempat untuk kita merehatkan diri.
Keluarga saya
juga ingin memiliki sebuah rumah yang sederhana besarnya. Kami akan membina
rumah itu di atas sebidang tanah. Rumah itu akan beratap genting kerana ianya
tahan lama.
Rumah impian keluarga saya ini akan dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang
berkualiti. Penggunaan bahan yang
berkualiti akan memastikan rumah ini kemas dan kukuh. Rumah ini akan menjadi lebih lengkap dengan
halaman yang luas. Keluarga saya akan menanam pokok-pokok hiasan yang berwarna
warni menghiasi landskap rumah impian saya.
.
Rumah yang akan kami bina
ini mempunyai pelbagai kelengkapan. Sebuah bilik bacaan yang dilengkapi dengan
rangkaian tanpa wayar akan diwujudkan. Di dalam bilik bacaan ini juga akan
ditempatkan buku, surat khabar dan majalah. Seluruh keluarga akan memanfaatkan
kelengkapan ini.
Kawasan rumah
keluarga saya ini juga mempunyai kebun buah-buahan yang luas. Beberapa batang
pokok mangga dan pokok rambutan akan di tanam dikawasan kebun ini. Disamping
itu, ibu dan adik juga akan memelihara beberapa ekor arnab sebagai hobi sampingan.
Kami amat
berharap agar rumah impian yang diimpikan seperti di
atas akan menjadi kenyataan suatu hari nanti
No comments:
Post a Comment