Pada 24 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk
mengikuti satu kem motivasi. Kem motivasi ini telah dianjurkan oleh pihak
sekolah dan diadakan bertempat di sekolah saya. Seramai 200 orang peserta telah
menyerai kem motivasi UPSR ini yang julung-julung kali diadakan.
Kem motivasi ini telah diadakan selama sehari suntuk
iaitu dari jam 8.00 pagi hingaa jam 5.00 petang. Kem motivasi telah dimulakan
dengan pendaftaran para peserta dan pemberian fail yang mengandungi pelbagai
maklumat tentang kem motivasi tersebut. Para peserta terdiri daripada
muridtTahun Empat, Lima dan Enam.
Tujuan kem motivasi ini diadakan ialah supaya
pelajar-pelajar dapat melengkapkan diri sebelum menduduki peperiksaan UPSR.
Pelbagai teknik menjawab soalan telah diberikan supaya pelajar-pelajar
memperoleh kejayaan yang cemerlang. Ini penting supaya sebarang kesilapan tidak
berlaku semasa peperiksaan dan memberi kesan yang negatif.
Fasilitator kem motivasi ini terdiri daripada guru-guru
yang berpengalaman dan terdapat alumni-alumni sekolah. Mereka juga terdiri daripada
para penggubah dan pemeriksa kertas. Selain memberikan ceramah motivasi,
pelbagai jenis nota dan strategi menjawab soalan turut diedarkan kepada para
pelajar.
Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi,
pertandingan kuiz dan aktiviti berkumpulan. Justeru itu, pelbagai pengetahuan
dan pengalaman dapat diperoleh. Perkara yang menyoronokkan ialah kami dapat
bertukar-tukar pendapat dan fikiran dengan pelajar-pelajar lain. Aktiviti
berkumpulan ni juga telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama para peserta.
Kem motivasi ini benar-benar memberi banyak manfaat kepada
saya. Selepas mengikuti kem motivasi ini, saya menjadi lebih yakin dan
bersemangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semoga
kem motivasi seperti ini dapat saya lagi sebagai persediaan menempuh alam
peperiksaan yang sebenar.
No comments:
Post a Comment