Karangan PPSR : Pengalaman:Berkelah di Pantai Merdeka - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 20 May 2018

Karangan PPSR : Pengalaman:Berkelah di Pantai Merdeka


    Pada hujung minggu yang lalu,saya dan keluarga telah pergi ke Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah. Kami bertolak awal pagi dengan menaiki kereta. Sepanjang perjalanan,kami berasa gembira kerana seronok melihat pemndangan sawah padi yang cantik. 

    Setelah hampir satu jam,Kami pun tiba ke  tempat yang dituju.Walaupun masih awal,ramai pengunjung telah sampai di pantai tersebut.Kami sekeluarga segera mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar.

    Setelah menukar pakaian,saya,abang,kakak dan ayah segera ke pantai untuk mandi-manda.Kami juga membina istana menggunakan pasir pantai.Apabila tengah hari,kami menjamah bekalan untuk makan tengah hari. Sambil makan,kami berehat dan mendengar radio. 

    Selepas makan tengah hari, kami sekali lagi menuju ke pantai untuk mandi-manda. Setelah puas mandi,kami menyusuri pantai sambil mengutip kulit-kulit siput yang cantik untuk di bawa pulang.

    Menjelang petang, Ibu memanggil kami supaya bersiap-siap untuk pulang. Demi memastikan kawasan pantai ini sentiasa bersih, kami mengutip semua sampah yang ada di sekitar tempat kami berkelah dan membuangnya kedalam tong sampah yang berhampiran. 

    Sebelum pulang,kami melawat ke kedai yang menjual cenderamata. Kami membeli beberapa cenderamata untuk di bawa pulang ke rumah.Walaupun penat,kami sekeluarga amat gembira dapat berkelah bersama-sama di Pantai Merdeka.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot