Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik
pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga
ibarat ibu bapa kedua kepada pelajar kerana pelajar banyak menghabiskan masa di
sekolah. Oleh itu, sebagai murid kita sewajarnya menghargai guru.
Terdapat banyak
cara untuk menghargai guru kita. Antara cara untuk menghargai jasa guru ialah
dengan menghormati mereka . Mereka mendidik kita supaya menjadi insan yang
berguna. Contohnya, kita boleh mengucapkan salam apabila berjumpa dengan guru.
Kita juga tidak boleh sombong terhadap guru.
Pelajar juga
boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Guru
memberikan kerja sekolah bukannya untuk membebankan pelajar, sebaliknya sebagai
latihan tambahan atau pengukuhan di rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar
kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam
latihan, guru akan membetulkannya. Ini pastinya dapat membantu pelajar untuk
membuat pembetulan.
Kita juga boleh
menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat
penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran. Contohnya, kita
perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam kes-kes buli,
gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, dan lain-lain.
Pelajar boleh
menunjukkan kasih sayang kepada guru dengan cara membantu guru membawakan buku-buku guru ke bilik guru.
Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada
16 Mei. Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru.
Kita bolehlah
menziarahi guru ketika mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa gembira dan
bangga terhadap pelajarnya.
Sesungguhnya,
guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar
perlu menghargai guru.
No comments:
Post a Comment