Aku sebuah
komputer. Aku bernama Asus. Aku
diperbuat daripada kaca,plastik,komponen-komponen elektronik, besi dan
sebagainya. Aku berwarna biru dan bentuk aku ialah segi empat. Aku juga
mempunyai beberapa anak seperti tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku
dilahirkan di Tokyo, Jepun.
Setelah siap
diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala Lumpur,
Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai beberapa kawan seperti
Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku adalah RM 2500.00.
Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah dia melihat-lihat komputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Mira Filzah. Dia bekerja sebagai seorang akauntan.

Aku selalu
membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung minggu, tuan aku
melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan menonton video dengan
menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana aku cantik
dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap oleh tuan aku
pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih selalu.
Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki
virus. Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku
pulih semula.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku
selama-lamanya. Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.
No comments:
Post a Comment