Karangan PPSR : Laporan : Sambutan Hari Bumi - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday 20 May 2018

Karangan PPSR : Laporan : Sambutan Hari Bumi

Pada 14 Mac 2018, Sekolah Kebangsaan Chepir telah mengadakan Sambutan Hari Alam Sekitar yang bertemakan ‘ Sayangi Bumi’. Sambutan Hari Alam Sekitar bermula pada pukul 7.45 pagi.

Sambutan ini telah disertai oleh warga sekolah yang meliputi guru-guru,murid-murid dan kakitangan sekolah. Sambutan Hari Alam Sekitar ini diadakan bertujuan untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap bumi.  Tanggungjawab ini boleh ditunaikan dengan tidak melakukan aktiviti pemusnahan alam sekitar serta boleh mengelakkan pembaziran tenaga.

Acara dimulakan dengan perhimpunan pagi. Semua murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Guru besar, Tuan Haji Mat Desa Bin Ibrahim telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara aktiviti luar kelas dijalankan. Semua warga sekolah gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.  Selain daripada itu, pihak sekolah juga mengumpulkan sumbangan barangan terpakai untuk dikitar semula.  Jualan hasil seni daripada bahan kitar semula turut dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah.

Aktiviti persembahan nyanyian dan bercerita oleh murid-murid tahap satu telah dijalankan pada pukul 11.00 pagi.  Persembahan lakonan dan pidato oleh murid-murid tahap dua dijalankan pula selepas itu.

Sambutan Hari Alam Sekitar ini berakhir pada pukul 12.45 tengahhari dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh tuan guru besar sendiri.

Laporan disediakan oleh,                                                                          16 Mac 2018


..............................................................
( Nurul Ain binti Nasaruddin)

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot