Kebersihan diri
amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan terdedah dengan
kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
Sebelum makan,
kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai. Gosok
kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita
menjadi benar-benar bersih.
Selain itu,
makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh
terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan
yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita.
Di samping itu,
bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh itu,
basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.
Seterusnya,
kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk menghalang
serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan kita.
Hidup kita akan
lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan agar
kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment