Karangan PPSR : Pengalaman : Melawat Ke Melaka Bandaraya Bersejarah - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday 20 May 2018

Karangan PPSR : Pengalaman : Melawat Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada cuti semester yang lalu, aku bersama keluargaku pergi bercuti di Melaka. Kami bertolak pada pukul 3.00 petang.   Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang dituju. Kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami sekeluarga membawa barang masing-masing masuk ke dalam hotel.   Kami kemudiannya terus membersihkan diri dan berehat.  


     Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bersiap untuk melawat tempat-tempat menarik di Melaka. Kami melawat Zoo Melaka yang terletak di sekitar Ayer Keroh. Kami
dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana.  

     Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang terkenal di Malaysia. Aku dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang di pamerkan. Aku mendapat banyak ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam penulisan dan berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah.

     Selepas kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari,  kami meneruskan perjalanan. Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota A'Famosa, bangunan Stadhuys, River Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat yang menarik ini telah membuatku lupa akan keletihan sepanjang hari. Kami sekeluarga bergambar di tempat-tempat yang menarik sebagai kenangan.

     Akhir sekali, kami membeli hasil kraftangan di kedai berhampiran sebagai cenderamata. Aku membeli cenderamata untuk guru dan rakan-rakanku. Hasil kraf tangan yang cantik dan unik pasti menggembirakan mereka setelah menerima cenderamata tersebut. 

            Keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah. Walaupun kepenatan, kami tetap gembira dan mendapat banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang menarik.
 

4 comments:

JESS said...

Salam Admin. ☺ Jika berminat nak join Jom 🚌#SingaporeTour day trip dari Johor Bahru dari serendah 🔥RM109 sahaja (harga 2019) & 🌍#USSJB Day Trip (PM for Promo).. Pakej Group bole dianjurkan.
.
Banyak Tiket Promosi lain juga menanti anda ✳Private Tour (Trip dari JB via car-alza-starex) 🚘 pun ada.. atau nak join bajet Backpackers Trip (JB-SG)? 🙌
.
WHATSAPP sis untuk info lanjut ya! 😃 HP: 012-7760219 (JESS)
.
#LoveTravel 🔹www.facebook.com/lovetravel86
.
CLICK 》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS) ☺ Trima kasih.

Anonymous said...

Are you sure?
😒😒😒

Nurul Pencinta iPhone said...

Wow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni bang...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

AZMI said...

Mohon izin gunakan bahan ye cikgu. Terima kasih.

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot