Karangan PPSR : Catatan Harian-Pengalaman Menyertai Perkhemahan Sekolah - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 20 May 2018

Karangan PPSR : Catatan Harian-Pengalaman Menyertai Perkhemahan Sekolah


Isnin, 5 APRIL
8.00 pagi
Bertolak dari sekolah menuju ke Kem Dusun Minda, Kuala Nerang, Kedah.  Seramai 50 orang murid dan 12 orang guru menyertai perkhemahan ini.  Perkhemahan ini dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Sekolah..

10.00 pagi
Kami tiba di Kem Dusun Minda. Semua peserta perkhemahan dibahagikan kepada enam kumpulan.  Kami di berikan taklimat perkhemahan oleh Cikggu Hassan. Setiap kumpulan mula memasang khemah.  

12.00 tengahhari
Kami mula memasak untuk makan tengahhari.  Menu pada tengahhari ini ialah ikan kembung, sayur dan telur.  Walaupun makanan yang dimasak ini hanya ringkas, namun kami makan dengan begitu brselera sekali kerana sudah kelaparan.

2.00  petang
Selepas makan dan sembahyang, kami bersedia untuk melakukan aktiviti kembara hutan.  Semua peserta di bawa mendaki sebuah bukit yang agak tinggi. Kami telah di beri tunjuk ajar tentang selok belok hutan oleh Pak Cik Hussin yang menjadi jurupandu kami. Walaupun kami agak keletihan tetapi, kami sungguh seronok dengan aktiviti yang lasak ini.

9.00 malam
Semua ahli mendengar ceramah motivasi oleh oleh Ustaz Ilham. Ustaz Ilham kemudiannya menerangkan perancangan esok hari.Beliau turut menekankan pentingnya semua ahli menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan pertauran perkhemahan

11.00 malam
Kami tidur di dalam khemah selepas ceramah motivasi yang tamat.

Selasa : 6 APRIL
8.00 pagi
Selepas sarapan, kami berkumpul di depan khemah untuk aktiviti pertama iaitu senaman ringan yang dipimpin oleh Cikgu Azmi. Selepas itu, bermulalah acara yang paling mencabar iaitu mengharung sungai.

Kami dibahagiakan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 7 orang ahli. Air sungai sangat sejuk dan penuh dengan batu-batu besar.. Perjalanan menjadi sangat lambat kerana di sesetengah tempat air sangat dalam. Lagipun ada di kalangan kami yang takut dengan kedalaman air. Walau bagaimanapun kami berjaya mengharung sungai sejauh 3 kilometer itu dalam masa 3 jam.

12.00 tengahhari
Sebaik saja sampai di kem, makanan tengah hari telah tersedia. Kami makan dengan lahapnya kerana kelaparan.


2.30 petang
Kami mula meruntuhkan khemah dan mengemas barang-barang yang kami bawa. Kami juga turut membersihkan kawasan perkhemahan agar bersih seperti sediakala.

3.30 petang
Kami bertolak pulang ke sekolah. Walaupun pengalaman perkhemahan ini agak meletihkan, namun begitu banyak pengalaman berharga yang dapat kami timba. 

1 comment:

Unknown said...

Catatan yang bagus tetapi ada beberapa kesalahan ejaan.Catatan ini mumgkin sudah melebihi 120 patah perkataan.
Walaubagaimanapun,saya mengucap terima kasih,cikgu.

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot