Karangan PPSR : Biografi : Aku Sebuah Buku - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 21 May 2018

Karangan PPSR : Biografi : Aku Sebuah Buku


Aku sebuah buku  .Aku dibuat di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor .Aku telah diberikan judul iaitu Jangan Main-Main. Aku mempunyai 326 muka surat. Aku kemudiannya dihantar ke Negeri Kedah.Aku berasa bertuah kerana aku adalah antara buku yang terlaris di Malaysia.

        Setelah aku tiba di Negeri Kedah, aku telah di hantar ke sebuah kedai buku di Sungai Petani dengan sebuah lori. Aku kemudiannya dipamerkan di atas rak kaca bersama rakan-rakan yang lain. 

         Pada suatu hari,seorang pemuda telah datang ke kedai buku.Pemuda itu membelek-belek muka surat aku.Selepas berpuas hati,pemuda itu membeli aku dengan harga RM 25.90. Aku berasa sugguh gembira kerana telah mendapat tuan yang baharu. 

         Aku telah dibawa pulang ke rumah tuanku.Aku telah dibaca oleh tuanku bersama-sama dengan rakan-rakannya. Aku juga menjadi buku rujukan mereka kerana aku adalah sebuah buku motivasi. 

Namun begitu, nasib malang telah menimpa ku bila pada suatu hari,banjir besar telah melanda kawasan petempatan tuanku. .Rumahnya telah dinaiki air sedalam 1 meter. Dalam kesibukan menyelamatkan harta benda, tuanku telah melupakan aku. Aku tidak dapat diselamatkan lalu tenggelam dalam banjir banjir yang kotor dan berlumpur itu.

         Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat lagi berbakti kepada tuanku. Badanku rosak teruk, dan hampir hancur keseluruhannya.  Akhirnya aku telah dibuang ke dalam tong sampah. Di situlah berakhirnya riwayatku  sebagai sebuah buku.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot