Ramai
yang mengatakan cita-cita ini tidak bersesuaian dengan perempuan kerana ia
berisiko tinggi dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Tambahan lagi kaum
hawa seorang yang lemah. Kata-kata sumbang ini saya ketepikan. Saya ingin
tegaskan di sini bahawa tidak semua perempuan lemah seperti pendapat ini.
Apabila
saya melihat langit yang tinggi nan biru, saya sedar yang saya sememangnya
ditakdirkan untuk menjadi juruterbang. Saya berasa kagum apabila melihat
juruterbang yang keluar dari sesebuah kapal terbang itu seorang perempuan. Dari
situ, timbulnya semangat dalam diri saya yang kian membara untuk mengejar
cita-cita.
Mungkin
jarang sekali kita lihat juruterbang itu seorang perempuan. Tetapi itu tidak
bermakna mustahil. Saya ingin merasakan kenikmatan terbang tinggi di langit
yang terbentang luas. Saya juga ingin berbakti pada negara dengan cara ini.
Ibu
bapa saya sentiasa menyokong dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Jadi, itu
tidak menjadi penghalang buat saya malah mereka menjadi tulang belakang saya
untuk terus mara menggapai kejayaan. Saya tidak mengharapkan penganugerahan dan
penghormatan yang tinggi menjulang sebaliknya saya ingin membuktikan yang saya
sama hebat seperti orang lain.
No comments:
Post a Comment