Karangan PPSR : Menyambung karangan - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 20 May 2018

Karangan PPSR : Menyambung karangan


Kamu dan beberapa orang rakan menunggang basikal untuk ke kelas tambahan. Tiba-tiba kamu lihat sebuah kereta telah terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Ceritakan tindakan kamu dan rakan kamu ketika itu.

Kami lihat sebuah kereta telah terbabas dan melanggar sebatang pokok. Kami segera mengayuh basikal menuju ke arah kereta itu.

Kami nampak kereta itu remuk di bahagian hadapan. Ketika itu jalan sunyi. Aku segera membuka pintu kereta tersebut. Kami lihat seorang pemuda mengerang kesakitan. Pemuda itu tidak mengalami kecederaan yang parah. Hanya luka di bibir sahaja.

Tanpa membuang masa, Syamir segera mencari pondok telefon untuk menghubungi pihak polis dan ambulans. Zairil pula segera pulang ke rumah untuk memberitahu ayahnya.

Aku segera memapah pemuda itu keluar dari kereta. Aku sandarkan pemuda itu pada sebatang pokok. Aku memberi pemuda itu air dari bekalan yang aku bawa. Pemuda itu mengerang kesakitan. Aku cuba menenangkan pemuda itu namun dia tetap mengerang. 

Tidak beberapa lama kemudian, semua yang dihubungi telah tiba. Aku menolong orang ramai memapah pemuda itu ke dalam ambulans. Kemudian aku menceritakan apa yang berlaku kepada pihak polis. 

         Sampai di rumah, aku menceritakan apa yang berlaku kepada ayah. Ayah mengucapkan syabas dan tahniah kerana aku telah menolong orang dalam kesusahan

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot