Cerita Hilang Beg - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, 4 May 2018

Cerita Hilang Beg

Mengajar kelas peralihan memang betul-betul mencabar. Aku kadang-kadang hilang sabar juga melayani karenah anak-anak ini. Tidak hairan kalau kadang-kadang terdengar juga suara aku yang agak keras demi mengatasi bingit suara mereka.

     Pagi itu, kecoh kelas peralihan P2. Seorang amoi menangis sambil mengadu kepada penolong kanan. Bercerita tentang kehilangan beg sekolahnya.  Belum pun kelas bermula, ada saja cerita yang tak enak di dengar.


     " Soal remeh temeh macam ni, cikgu tolong settelkan, " Senang je penolong kanan tu mengarahkan aku.  Mentang-mentanglah aku ni guru Tingkatan Peralihan P2.

     Masuk sahaja aku ke dalam kelas, pada masa pertama, Aku terus buat pengumuman.

     " Siapa-siapa yang jumpa beg amoi ni, cikgu bagi upah dua ringgit"  Dua ringgit pun dah cukup besar waktu itu.  Roti canai pun sekeping baru 50 sen.
    
    " Siapa nak, pergi cari sekarang"

     Dua orang murid lelaki terus keluar dari bilik dan tak sampai 2 minit, mereka masuk kembali.  Di tangan salah seorang dari mereka, terjinjing beg galas warna merah jambu.

     " Cikgu itu wa punya beg" Meluru amoi tu ke depan.

     " Mana awak jumpa ini beg? " soal ku pada dua murid lelaki yang masuk membawa beg tadi.

     " Sana cikgu, itu pokok buluh punya bawah, duduk tepi longkang belakang kelas" salah seorang menjawab pantas. Tungang langgang gaya bahasanya.

     " Mana tahu, beg ada di situ ?
     " Kita orang yang tarok situ"

     Jemmmmm ... terbang 2 ringgit sebab dah janji.


No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot