Skrip Juruacara Perhimpunan Mingguan ( Untuk Murid ) - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 5 May 2018

Skrip Juruacara Perhimpunan Mingguan ( Untuk Murid )


SK. CHEPIR,
                                         08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota :
1. Semua murid diminta  beratur mengikut kelas.
2. Berikan arahan baris… Baris sedia… Senang Diri

Bismilahhirahmanirahhim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim,
Guru Besar, Sek.Keb. Chepir,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
1) Tuan Haji Sahrof bin Sailon  - Penolong Kanan  Pentadbiran.
2) En. Amran bin Zakaria – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Pn. Hajjah Mashitah bt. Ibrahim – Penolong Kanan Kokurikulum.
 
Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, majlis mempersilakan saudara _________________________________  untuk melafazkan doa.

Habis Doa
Majlis mengucapkan terima kasih  atas bacaan doa sebentar tadi.



NYANYIAN  
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, dan lagu sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia .

Selepas Nyanyian

Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian   sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

Untuk Makluman, guru yang bertugas sepanjang minggu ini ialah:

1.________________________________________________________________

2.________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU.
Seterusnya, saya mempersilakan Cikgu ___________________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan, sepanjang minggu lalu. Dipersilakan.

Selepas Laporan

Terima kasih Cikgu  ____________________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
Majlis diteruskan lagi dengan dengan mempersilakan Cikgu _______________ __________________________   untuk mengupas tajuk pada minggu minggu ini. Majlis mempersilakan cikgu.

Habis Ucapan

Terima Kasih Cikgu.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)

Meneruskan kelangsungan acara majlis  mempersilakan Cikgu  _______________________________ untuk memberikan ucapan.

Habis Ucapan
Terima kasih Cikgu.


UCAPAN PENTADBIR
Seterusnya,  majlis mempersilakan

1)Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim, Guru Besar Sek.Keb.Chepir
2) Tuan Haji Sahrof bin Sailon  - Penolong Kanan  Pentadbiran.
3) En. Amran bin Zakaria – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Pn. Hajjah Mashitah bt. Ibrahim – Penolong Kanan Kokurikulum.

untuk menyampaikan ucapan.

Habis Ucapan
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru  Besar / Guru Penolong Kanan sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk ke arah kecemerlangan.

BERSURAI.
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya,   Semua rakan murid boleh beredar ke kelas masing-masing mengikut arahan pengawas yang bertugas.

Sekian, Wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waraoh matullah hi wabarokatuh.

7 comments:

ctzue said...

mohon izin ambil bahan ini sebagai rujukan ya cikgu. terima kasih

HERMY said...

mohon share ye cikgu dan di edit utk kegunaan sek saya...terima kasih


kampungboy said...

mohon izin ambil bahan ini dari cikgu..terima kasih

Unknown said...

Mohon izin ambil bahan ini dari cikgu..terima kasih atas perkongsian. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

Anonymous said...

Salam..Cikgu mohon izin nak ambil skrip pengacaraan hari raya..terima kasih

Unknown said...

Assalammmualaikum cikgu.Mohon ambil bahan cikgu dan jutaan terima kasih atas perkongsian. Moga Allah sentiasa merahmati cikgu.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Mohon izin guna ya cikgu. Terima kasih atas perkongsian

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot