Ayat
Tunggal
1.
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh
: Lelaki gemuk itu / sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat
yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan
Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali
sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil
sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.
( Ayat Majmuk )
Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.
- Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
- Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
- Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
- Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
- Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
- Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.
Cuba
jawab dahulu sebelum membaca jawapan di bawah.
JAWAPAN
- Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa.
- Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
- Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing dengan barang luar negara.
- Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara.Peperangan menyebabkan banyak harta benda akan musnah.
- Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
- Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di negara ini banyak memberikan keburukan
No comments:
Post a Comment