Kata Nafi dan Kata Pembenar - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday 20 May 2018

Kata Nafi dan Kata Pembenar


Kata nafi ialah perkataan yang hadir dalam ayat untuk menafikan sesuatu perkara.

Terdapat dua kata nafi, iaitu;
i. bukan
ii. tidak

i. Kata Nafi Bukan
-Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa nama atau frasa sendi nama.

Contoh;
1. Saya bukan murid tahun lima.
2. Tempat tinggal Leong bukan di bandar.

-Kata nafi bukan digunakan boleh juga digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif

Contoh;
1. Dia bukan sahaja pandai, malah berbudi bahasa.
2. Beliau bukan hendak melawat ke Langkawi, tetapi ke Pulau Tioman.

Apakah frasa nama???
-Frasa nama terdiri daripada kata nama
Contoh; Murid tahun lima

Apakah kata sendi nama???

-Frasa sendi nama ialah gabungan antara kata sendi nama dan kata nama
Contoh; di bandar - di (kata sendi nama) bandar (kata nama)



ii. Kata Nafi Tidak
-Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh;
1. Rumahnya tidak besar.
2. Samad tidak dipilih mewakili sekolah.

Apakah yang dimaksudkan dengan frasa adjektif?
-Terdiri daripada kata adjektif  atau sifat
Contoh; rumahnya tidak besar.  Besar ialah frasa adjektif


Apakah yang dimaksudkan dengan frasa kerja??
-Terdiri daripada kata kerja.
Contoh; Orang tua itu kurus kerana tidak makan nasi. Makan ialah frasa kerja.  

Kata pembenar
ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.

Terdapat dua kata pembenar, iaitu;
i. ya
ii. benar
iii. betul

Penggunaan :


Kata Pembenar
Ayat Contoh
ya
1.     Ya, buku itu kepunyaan Ramli.
2.     Ya, saya murid Tahun 5 Cerdas.
benar
1.     Benar, harga rumah itu sangat mahal.
2.     Benar, dialah yang melukis lukisan itu.
betul
1.     Betul, benda hidup memerlukan oksigen.
2.     Betul, mereka telah memenangi pertandingan itu.



Latihan Kata Pembenar dan Kata Nafi   
Pilih ayat yang betul.

1  A  Benar, pendapat Jamal tidak bernas langsung.
    B  Betul, jawapan yang diberi oleh Nina tepat.
    C  Benar, tindakan kamu salah.
    D  Betul, cara awak tidak betul.

2  A  Betul, matahari memancarkan cahaya.
    B  Ya, benda hidup tidak perlu bernafas.
    C  Betul, haiwan tidak memerlukan tempat tinggal.
    D  Benar, tumbuh-tumbuhan tidak membuat makanan sendiri.

3  A  Benar, keputusan yang dibuat oleh pengadil itu tidak adil.
    B  Ya, buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah.'
   C   Betul, itu bukan lelaki yang kita dicari.
   D  Benar, ayam jantan itu bertelur.

4  A  Ya, saya murid SK Chepir.
   B  Ya, buku itu tidak diconteng oleh adik.
   C  Benar, alasan yang dibelinya tidak munasabah.
   D  Benar, makanan itu tidak mungkin dimasak oleh kakak.

5  A  Ya, saya tidak tinggal di  Batu Seketul.
    B  Betul, seluar yang dibeli itu pendek.
    C  Benar, masalah itu tidak rumit sangat.
    D  Betul, budak itu tidak nakal seperti yang dikatakan.

Isikan kata nafi 'tidak' atau 'bukan' ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1.    Ismail _____________________________ seorang pengakap.
2.    Adik _____________________________ suka minum air kopi.
3.    Rumahnya _______________________ berapa jauh dari sini.
4.     _____________________ benar apa-apa yang dikatakannya tadi.
5.    Yang saya pegang ini ________________________ telefon bimbit saya.
6.    Kelakuan Aminah ________________________ seperti kakaknya.
7.    Novel ini _____________________________ oleh Shahnon Ahmad.
8.    Ikan yang ditangkapnya ________________________ besar.
9.    Hadiah ini __________________________________ untuk saudara.

10. Kotak ini _________________________________ berat.


Pilih ayat yang betul.

1  A  Benar, pendapat George tidak bernas langsung.
    B  Betul, jawapan yang diberi oleh Nick tepat.
    C  Benar, tindakan kamu salah.
    D  Betul, cara awak tidak betul.

2  A  Betul, matahari memancarkan cahaya.
    B  Ya, benda hidup tidak perlu bernafas.
    C  Betul, haiwan tidak memerlukan tempat tinggal.
    D  Benar, tumbuh-tumbuhan tidak membuat makanan sendiri.

3  A  Benar, keputusan yang dibuat oelh pengadil itu tidak adil.
    B  Ya, buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah.'
   C   Betul, itu bukan lelaki yang kita dicari.
   D  Benar, ayam jantan itu bertelur.

4  A  Ya, saya murid SJK © Keong Li.
   B  Ya, buku itu tidak diconteng oleh adik.
   C  Benar, alasan yang dibelinya tidak munasabah.
   D  Benar, makanan itu tidak mungkin dimasak oleh kakak.

5  A  Ya, saya tidak tinggal di Sentul.
    B  Betul, s eluar yang dibeli itu pendek.
    C  Benar, masalah itu tidak rumit sangat.
    D  Betul, budak itu tidak nakal seperti yang dikatakan.

6  A  Ya, Ali bukan ahli dalam Persatuan Bahasa Cina.
    B  Betul, jangkaan kamu tidak tepat.
    C  Benar, itulah guru kelas saya.
    D  Benar, itulah guru kelas saya.

7  A  Benar, dia memang tidak hadir ke sekolah.
    B  Benar , taman itu dibina pada tahun 2003.
    C  Betul, kenyataan yang dikeluarkan tidak benar.
    D  Betul, pengiraan yang betul adalah seperti contoh yang diberi.

8  A  Ya , saya berasa letih.
    B  Ya, bukan Muraidi menelefon saya.
    C  Ya, keng An bukan kawan karib saya.
    D  Ya, kuih-muih itu tidak disediakan oleh emak.

9  A  Betul, baju itu tidak sesuai untuk kamu.
   B  Betul, pokok durian tidak berbuah lebat.
   C  Benar, wau bukan permainan tradisional kaum Melayu.
   D  Benar, sekolah itu mempunayi 1200 orang murid Melayu.

10  A  Betul, perkara ini tidak dapat diselesaikan.
      B  Benar, pen ini tidak boleh digunakan lagi.
      C   Ya, bukan hendak mencetuskan pergaduhan ini.
      D  Ya, rak itu digunakan untuk meletakkan buku-buku.

11  A Betul, kompang itu diperbuat daripada kulit kambing.
      B  Betul, pekerja itu mengikut cara yang salah.
      C  Betul, sisnya tidak dikenali sebagai Raja Hutan.
      D  Betul, percakapan awak tidak bersopan.

12  A  benar, kenyataan pemuda itu tidak sah.
      B  Benar, gunting yang digunakan tidak tajam.
      C  Benar, joran digunakan untuk memancing.
      D  Benar, lelaki itu tidak mungkin warganegara Malaysia.

13  A  Betul, tin aluminium boleh dikitar semula.
      B  Ya, ayat yang dibina Peik Kuan tidka betul.
      C  Ya, tanggungjawab seorang doktor tidak berat.
      D  Benar, nombor telefon yang kamu berikan tidak tepat.

14  A  Ya, luka itu tidak dalam sangat.
     B  Ya, cincin emas itu berharga RM 200
     C  Ya, kereta itu bukan kereta tempatan.
     D  Ya, beg troli itu bukan kepunyaannya.

15  A Ya,  itu bukan payung saya.
     B  Betul, komik itu tidak kelakar langsung.
     C  Benar, itu bukan kotak yang kami perlukan.
     D  Benar, lombong itu memang berbahaya kepada kanak-kanak.

16A Ya, jam tangan saya tidak rosak.
    B  Benar, jenama radio ini ialah Razo.
    C  Benar, nama pemuda itu bukan Sazali.
    D  Betul, nasi yang ditanak itu bukan beras wnagi.

17 A  Ya, perkataan itu memang sesuai digunakan dalam ayat.
     B  Betul, kemalangan yang negeri itu tidak berlaku semalam.
     C  Benar, baju kebaya itu tidak cantik.
     D  Ya, baginda bukan Sultan Perak.

18  A  Ya, topi ini bukan saya yang beli.
      B  Benar, kerusi itu bukan diperbuat daripada rotan.
      C  Betul, itulah kata-kata yang tidak mahu saya dengar lagi.
      D  Betul, inilah cara mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan.

19  A  Ya, majalah itu bukan majalah kesukaan saya.
      B  Betul, telefon bimbit itu tidak berfungsi dengan baik.
      C  Betul,  hotel itu menawarkan perkhidmatan yang baik.
      D  Benar, kenderaan itu tidak sesuai dinaiki oleh Mas sekeluarga.

20  A  Ya, soalan ini memang senang.
      B  Ya, kami tidak ingin pergi ke tempat itu.
      C  Benar, gambar ini tidak diambil pada tahun ini.
      D  Betul, Encik Maniam dan Cik Kaipana bukan pasangan suami isteri.

Jawapan :

1B
2A
3B
4A
5A
6D
7B
8A
9D
10D
11A
12C
13A
14B
15D
16B
17A
18D
19C
20A


1 comment:

ctzue said...

cikgu, izinkan saya salin latihan ini untuk kegunaan pembelajaran. terima kasih

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot