NAMA ITU
Nama itukah sering hadir kini
Setelah kebosanan menyapa
Dan disaat tubuh longlai di mamah lesu
Tertipukah aku pada kerlingan menikam
Yang mencair rasa
Serta bibir menguntum senyum
Di saat wajah terpaling
Diakah penamat sketsa?
Menjadi penyambung cerita
Pada plot yang tidak pernah berkesudahan
Akurkah aku pada kenyataan ?
Bahawa dia adalah merpati yang jinak makan ditangan
Tak mungkin terbang biar gusar menjelang.
Pun kadang-kadang
Aku menjadi celaru
Dengan percaturan masa
Yang ada ketikanya terlalu angkuh
Membezakan watak
Antara dua nama yang bercantum
Atas pertalian yang terlalu longgar ikatan
Akukah ini yang terlalu mudah
Menyimpan hasrat
Bila saja nama itu menyelinap
Menguasai setiap rongga nafas
Yang sesekali tersendat
Atau kau hanya pemungut
Serpihan peristiwa
Yang bertaburan dipinggir jendela
Tanpa mengenal kasih dan kasihan
Pun harapku
Nama yang tertancap itu
Menjadi sinar kemilau
Yang memancar
Dan bukan hanya memori yang terbongkar
Aku kan tetap menyimpan hasrat
Selagi ada kudrat
Kerana fantasi
Pasti menjadi realiti
Bila azam
Yang tersemat
Membuah bersama
Keyakinan yang tersemat.
Seri Serdang
29.01.93
Post Top Ad
Your Ad Spot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...
Post Top Ad
Your Ad Spot
No comments:
Post a Comment