MAAFKAN AKU ADIARATNA
Hulurkan kemaafan padaku Adiaratna
Bila kekadang aku jelmakan engkau dengan senyuman
Kerana senyuman meruntun aku
Untuk terus berlagu
Aku bukan terlalu aga
Bermimpi pada dahina
Dan senyum yang kutukar itu
Mendamari langkah laluan
Agar nyalang tanpa rintangan
Maafkan aku Adiaratna
Kerana kekekadang aku meletakkan engkau
Terlalu jauh dari rongga nafas
Yang bergemetaran
Bukan adikara aku melepaskan adiaratna
Berangta yang mengamuk jiwa
Kekadang menjadi terlalu indah
Bila kita berjauhan
Serdang
03.03.1993
No comments:
Post a Comment