Pengumuman untuk Murid sekolah rendah sempena PKPP - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday 13 July 2020

Pengumuman untuk Murid sekolah rendah sempena PKPP

SENARAI PENGUMUMAN SEKOLAH
1.   Doa Terhindar Dari Wabak Penyakit RTM
( https://youtu.be/cRsvL5CfEeg)
 

Pastikan diri kita sentiasa    dalam keadaan sihat,dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah. Bacaan suhu yang melebihi 37.5°C celcius adalah tidak sihat dan tidak dibenarkan masuk ke Kawasan sekolah. Pakai penutup hidung dan mulut sekiranya kamu mempunyai tanda-tanda demam atau tidak sihat.

2.    Pengumuman sebelum masuk kelas
·         Semasa memasuki kawasan sekolah, pastikan bacaan suhu badan kamu telah diambil dan direkodkan sebelum bergerak masuk ke dalam kelas. Jaga jarak  anda dengan rakan.

·         Pastikan kamu telah mencuci tangan dengan hand sanitizer ataupun sabun sebelum masuk ke dalam kelas.

·         Semua murid dikehendaki sentiasa mengikut laluan yang telah di tetapkan untuk pergi ke mana-mana tempat di dalam Kawasan sekolah

3.    Pengumuman semasa berada di dalam kelas
·         Semasa berada di dalam kelas, sila duduk di tempat duduk masing-masing
·         Kurangkan pergerakkan di dalam kelas sekiranya tidak perlu.
·         Buat tempahan makanan kepada guru secara tertib dan teratur
·         Hanya seorang pelajar yang dibenarkan dari setiap kelas ke tandas dalam satu-satu masa.
·         Sila bawa kad kebenaran keluar kelas sekiranya ingin keluar daripada kelas.
·         Jangan berkongsi sebarang peralatan dengan rakan.


4.    Peringatan
Diperingatkan supaya semua murid tidak menyentuh  sekiranya tidak perlu  tempat-tempat seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip,   pengepam tandas,  serta susur tangan di tangga untuk membendung covid 19.

Sekiranya kamu berasa tidak sihat, segera maklumkan kepada guru yang berada di dalam kelas untuk diambil tidakan

5.    Peringatan
Sekiranya selepas saringan dan didapati murid  bergejala kamu akan diasingkan di bilik isolasi  sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa kamu pulang.

6.    Pengumuman semasa rehat
·         Semasa rehat semua murid dikehendaki kekal duduk di tempat  masing-masing semasa makanan diedarkan.
·         Makan secara tertib di meja masing-masing. Kamu digalakkan membawa sudu dan garfu sendiri.
·         Cuci tangan di tempat yang telah ditetapkan oleh guru.
·         Buang semua bekas makanan di dalam tong sampah yang berada di luar kelas.
·         Sentiasa menjaga penjarakan sosial dengn rakan-rakan dan orang lain.

7.    Pengumuman sebelum balik.
Sebelum pulang pastikan kamu telah mengambil buku-buku dan alat tulis, sudu dan garfu serta bekas makanan yang di bawa dari rumah.
·         Sila beratur mengikut kelas dengan mengambil kira penjarakan sosial
·         berjalan dalam barisan hingga ke pintu keluar dengan mengambil kira penjarakan sosial

Pengumuman Umum

8.    Etika batuk dan bersin dengan  betul
  • Pakai penutup hidung dan mulut (face mask) untuk menghalang virus dan bakteria daripada tersebar .
  • Palingkan muka daripada orang lain dan makanan  
  • kurangkan pergi ke tempat yang ramai orang.
  • Elakkan daripada menyentuh bahagian muka terutamanya hidung atau mulut sebelum mencuci tangan.
  • Jika   tiada penutup hidung dan mulut, sila gunakan tisu atau sapu tangan yang bersih ketika batuk dan bersin. dan buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah.
·         Elakkan untuk berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.


9.    Tujuh langkah mencuci tangan yang betul
1.    Basahkan tangan dan letakkan sabun  
2.    Gosok tapak tangan
3.    Gosok setip jari dan celah jari
4.    Gosok kuku di tapak tangan
5.    Gosok belakang tangan
6.    Bilas tangan dengan air bersih
7.     Keringkan dengan tuala atau tisu yang bersih.  

10. Amalkan jarak sosial
Amalkan jarak sosial
dengan selamat. Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan amalan bersalaman dan bersentuhan.

11. Amalkan 3W
·         Wash
·         Wear
·         Warn

12. Elakkan 3S
Sesak
Sempit
Sembang dekat

Disediakan oleh Cikgu Nasaruddin Darus
Sek,Keb.Sik Dalam

kalau nak yang dah siap rakam hubungi email saya : nasaresik@yahoo.com

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot