Asalamualaikum...dan Selamat Sejahtera
Ni tutorial cara-cara nak buat kuiz secara atas talian (online) menggunakan Google Form.
Kuiz online ini
boleh dijawab oleh anak-anak murid-murid kita secara online di rumah,
terutamanya semasa perintah kawalan pergerakan akibat covid 19 ni.
Murid-murid tak
payah print soalan tersebut, boleh jawab terus saja sama ada secara atas talian, menggunakan laptop atau telefon
pintar.
.
Kuiz ini akan
ditanda secara automatik, jadi murid-murid tahu soalan yang mana mereka jawab
betul atau salah, dan berapa markah yang mereka dapat
Senarai
perkara yang diperlukan:
1.
Laptop / Smartphone
2.
Akaun Gmail ( Pakai email google
classrome pun boleh )
3.
Internet. Kalau internet kita slow
macam siput, jenuh jugaklah
menunggu loading.
4.
Senarai soalan / bahan untuk membina
soalan. Nak elok lagi soalan tu ada siap-siap dah dalam word. Kalau nak letak
gambar atau video. Downloads siap-siap no.
Langkah demi langkah. Pelan-pelan kita
pakat-pakat buat.
1.
Bukak google crome.
Lepas tu keluaq lah macam kat atas ni.
Boleh pilih mana-mana template yang kita suka. Tapi nak mudah baru mula-mula
belajaq ni, klik saja template blank ( yang
ada tanda + ). Tak gaduh nak pikiaq banyak dah.
Dia akan minta kita log in email. Guna
lah email gmail atau email google classrome yang KPM bagi tu.
Cikgu-cikgu ikutlah pula langkah 1
hingga 4. Dan lepas tu klik +. ( Ikut tanda anak panah )
Lepas naik soalan kedua. Buat macam langkah 1 dan 2. Kemudian tekan
butang + lagi untuk memulakan soalan kuiz.
Langkah seterusnya ikut jer panduan saya ni.
Jadilah macam kat atas ni. Lepas ni
kita belajar pulak macam mana nak tandakan jawapan yang betul dan masukkan
markah untuk setiap soalan.
Untuk menandakan mana satu jawapan yang betul, cikgu-cikgu kena scrool halaman yang kita tengah buat naik ke atas sampai jumpa button yang macam saya
tunjuk tu. ( yang macam bunga skru tu ). Klik kat situ.
Pada setting, klik butang Quizzes,
lepas tu klik butang make this a quiz dan kemudiannya save.
Cikgu-cikgu ikut sajalah langkah-langkah yang
saya dah tunjukkan ni. Boleh kut no..
1 Lepas tanda jawapan yang betul, akan
muncul halaman macam ni. Ikut jer lah langkah 1 hingga 3.
Siap dah la. Cikgu-cikgu boleh lah save
URL ni dalam note pad atau word. Senang nak copy nanti. Satu lagi kalua nak mudah
hantar URL ni pada whatsapp. gunalah
whatsapp web. ( https://web.whatsapp.com/
) Senang sikit nak tulis whatsapp .
MInta maaflah, saya pun budak baru belajaq, kut kalau ada yang seba kekurangan tu mintak maaf banyak-banyak noh. Semoga kita beroleh manfaat sikit sebanyak dan bolehlah buat ujian untuk anak2 kita sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakkan ni...
No comments:
Post a Comment