Teks Juruacara Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, 28 August 2019

Teks Juruacara Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019



SKRIP PENGACARA MAJLIS –
PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SKSD 2019
8 Ogos 2019




Yang Berusaha Cikgu Noor Ahmad bin Nordin,
Guru Besar, Sek.Keb. Sik Dalam

Yang berusaha Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah
Tuan Haji Mohd Shariff bin Yon  - Guru Penolong Kanan  Pentadbiran.
Pn. Hajjah Siti Sabariah bt. Ibrahim – Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru, dan seterusnya  para pelajar yang dikasihi sekalian.
`
-`
Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya

Demikian gema gempita semangat merdeka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata

Mengutip sisipan dari puisi Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang tercipta tanggal  29 Ogos 2001 saya jadikan mukadimah sebagai pembuka bicara.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,  kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2019. Syukur juga kerana dengan izinNya kita berkampung dalam suasana damai rasa, ceria suasana.

Hadirin Sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

AlFadzi lUstaz Fakhruddin binAhmad
Untuk melafazkan bacaan doa. Tuan dipersilakan.

Selesai habis bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang kita rencanakan ini  berlangsung dengan jayanya sehingga usai segala-galanya.

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan  Lagu Sekolah  

Diminta semua bersiap sedia


Seterusnya...marilah kita sama-sama memperbaharui tekad dan hasrat dengan sama-sama melafazkan ikrar Rukunegara. Ikrar Rukunegara ini akan di ketuai oleh ……………………………………..
………………………………………………………………

Terima kasih atas lafaz ikrar sebentar tadi. Semua hadirin di jemput duduk dalam suasana tertib dan teratur.

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan terhadap gimik pelancaran Bulan Kebangsaan SK Sik Dalam 2019.  Sama-sama kita saksikan.


Hadirin yang dimuliakan, gimik pelancaran sebentar tadi secara keseluruhannya telah diberi sentuhan oleh ………………………….. dan diserikan lagi dengan nyanyian oleh …………. ………………….. dari kelas ………………………………….

Seterusnya kita saksikan pula persembahan koir dari murid-murid kelas 5 Pintar yang akan menyampaikan lagu Warisan. Dipersilakan.

Habis Gimik

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan SKC 2019 akan berlangsung mulai hari ini 8 Ogos 2019 hinggalah majlis penutupnya pada 19 September 2019 .   Pihak jawatankuasa telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua murid dan staf sepanjang bulan kebangsaan ini berlangsung.

Gunung dan lembah sudah ku redah
Membawa joran mengail ikan
Gimik sudah, ikrar pun sudah
Ucapan pelancaran kita sajikan.
 
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha Cikgu Noor Ahmad bin Nordin,
Guru Besar, Sek.Keb. Sik Dalam  untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus melancarkan Bulan  Kebangsaan SK Sik Dalam 2019. Tuan dipersilakan.


Dengan ucapan itu tadi, maka bulan Kebangsaan SK Sik dalam telahpun dilancarkan dengan rasminya.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan -pertandingan yang dianjurkan  bersempena Bulan  Kebangsaan sepanjang tempoh ini berjalan lancar.


Sekian, Wassalamualakum wbt


 

4 comments:

Nasihin Rafaei said...

Salam tuan, mohon izin untuk saya gunakan dan sunting teks tuan... Juga untuk dikongsikan

AZMI said...

Asssalamualaikum cikgu, mohon saya gunakan skrip cikgu ya. Terima kasih.

erni said...

Assalamualaikum cikgu.

Saya mohon izin menggunakan teks pengacaraan ini untuk Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan di sekolah saya bertugas.

Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan mudahkan urusan cikgu sekeluarga.

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya mohon izin cikgu untuk saya ambil, edit dan guna teks pengacara cikgu ni..terima kasih

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot