Skrip Pertandingan Dikir BaratBahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 13 October 2019

Skrip Pertandingan Dikir BaratBahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Dikir Barat 
Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016
*************************************************************
Pengumuman Ketibaan
-Mengumumkan ketibaan Yang berhormat Doktor Mansor bin Abdul Rahman dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam dewan
-Hadirin-hadirat diminta berdiri untuk sama-sama kita menyanyikan lagu negaraku..

Bismillahhirrahmannirrahim
 الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum wbt  

1             Yang berhormat, Doktor Mansor bin Abdul Rahman,            
Ahli Parlimen Daerah Sik,

2.      Yang berusaha  Encik Wan Ramadzan bin Wan Mahat
          Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

2             Yang Berusaha Dato’ Hajah Asuyah bt. Hassan
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

4.       Tuan Haji Mohammad Zaki bin Husin   
Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

5.       Amirulddin bin Abdul Hamid          
          Pegawai Pendidikan Daerah Baling Sik,

6.      En. Azhari bin Abdullah,
          Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jeneri
7.      Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan negeri
8.      AJK Pengelola Pertandingan dikir barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016
9.      Hakim-hakim pertandingan
10.    Guru-guru pengiring dan para peserta  yang mengambil bahagian,
11.     Guru-guru, para pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian

Ucapan  alu-aluan MC

1.   Alhamdullillah….  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat sama-sama berkampung di Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sik, Kedah Darul Aman bagi melangsungkan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016.

2.   Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berhormat Doktor Mansor bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sik dan  para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kesudian para hadirin meluangkan masa pada majlis pertandingan dikir barat pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya  semua warga pendidik yang bernaung di bawah satu bumbung, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.   Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di desa tercinta kita bersua

Untuk Makluman hadirin,


4.   Pertandingan dikir barat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Rendah Jemputan Peringkat Kebangsaan 2016 telah kita langsungkan sejak petang tadi. Sebanyak____________ pasukan telahpun mempamerkan kebolehan dan bakat masing-masing.

5.   Malam ini, akan  kita teruskan lagi kesinambungan pertandingan.    Sebanyak_______________________________pasukan akan membuat  persembahan sebentar nanti.

6.   Namun sebelum itu, apa kata  kita berjeda seketika menyaksikan persembahan Gendang silat Kedah.

Selepas persembahan Gendang Silat


7.   Kumpulan Gendang silat ini di titipkan khusus untuk halwa telinga anda dari.......

8.   Bunyi alunan serunai bertingkah dengan gong dan gendang itu sebagai adat menyambut tetamu yang bertandang ke negeri kami, Negeri Kedah Darul Aman, sejak zaman-berzaman.

9.   Meneruskan kelangsungan acara, berikutnya kita tampilkan pula persembahan khas Nasyid dari kumpulan......................., Sek. Keb. Seri Dusun, Sik, Kedah.
Kumpulan Nasyid ini akan menyampaikan ............................ ........................................
Dipersilakan.

Selepas persembahan Nasyid

10.                Terima kasih atas perembahan nasyid tadi.  Untuk Makluman hadirirn, Kumpulan Nasyid dari Sek.Keb. Seri Dusun di bawah pimpinan  ……………………………….. ini telah ……………………………


Hadirin sakalian,
Perkenalkan hakim

11.                Sebelum kita menyambung kembali pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah RendahJemputan peringkat Kebangsaan 2016, ini, elok kiranya diperkenalkan kembali senarai hakim pertandingan yang telah mengadili pertandingan dikir barat pada kali ini sejak awal petang tadi, di antaranya ialah:

.........................................................

Pertandingan Bermula

12.                Hadirin-hadirat yang dimuliakan
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan kesinambungan  pertandingan dikir barat Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Rendah Jemputan Peringkat Kebangsaan 2016.

13.                Majlis mempersilakan pasukan yang memegang angka............. dipersilakan
……………persembahan……..


14.                Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan dikir barat dari………..   sebentar tadi.

Seterusnya……….

Contoh persilakan persembahan
1.   Majlis mempersilakan Pasukan dikir barat yang memegang angka empat untuk memberikan persembahan, majlis dengan penuh takzim , mempersilakan


2. Pertandingan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah RendahPeringkat Kebangsaan 2016 diteruskan lagi dengan mempersilakan giliran yang ................... untuk memberikan persembahan.  Dipersilakan

Contoh ucapan terima kasih atas persembahan
1. Demikian lah tadi persembahan dari pasukan dikir barat Bahasa Arab dari ............................
Majlis mengucapkan syabas dan terima kasih.

2. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan pasukan dikir barat Bahasa Arab dari .......................... sebentar tadi.

 (MAJLIS PENUTUP)-Perasmian majlis

Ucapan Alu-aluan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

15.                Dengan berakhirnya persembahan pasukan dikir barat dari .................................... sebentar tadi maka berakhirlah giliran persembahan pasukan dikir barat untuk di adili. Seterusnya kita teruskan acara penutupan dan penyampaian hadiah.

16.                Dengan itu, kita berjeda sekali lagi untuk memberi ruang kepada panel juri mengira markah.   Pada kesempatan yang terluang ini, kita tampilkan pula Persembahan Khas Kalam Jama’ei dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra Kedah. Majlis mempersilakan kumpulan Kalam Jama’ei ini untuk membuat persembahan.

Selepas persembahan Kalam Jama’ei


17.                Majlis merakamkam ucapan terima kasih atas perembahan Khas Kalam Jama’ei dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, sebentar tadi.
    Kumpulan ini.........................................


18.                Dari Kedah ke  Kuala Tahan,
Berteman puteri yang cantik nian
Selesai sudah pertandingan dan persembahan
Menyusul kini ucapan aluan,

19.                Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Hajah Asuyah bt. Hassan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan

........................ucapan alu-aluan........

20.                Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dato’ Hajah Asuyah bt. Hassan. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman sebentar tadi

Ucapan perasmian dan penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi,

21.                Bunga melati di luar pagar
Dipetik oleh gadis bunian
Ucapan aluan telah didengar
Kini tiba ucapan perasmian

22.                Jesteru  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Yang berhormat, Doktor Mansor bin Abdul Rahman,Ahli Parlimen Daerah Sik, untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016  . Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berhormat


-----------Ucapan Perasmian YB -----------------


23.                Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat, Doktor Mansor bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Daerah Sik, atas ucapan dan penyempurnaan perasmian  merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016  sebentar tadi.

Penyampaian hadiah

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

24.                Pohon meranti sekah sedahan
Berapit pulasan bersama kuini
Debaran hati tidak tertahan
Menanti keputusan sehingga kini

25.                Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Hajah Asuyah bt. Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman dengan diringi oleh ..............................................................................................

bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan berdua.

Pemberian Cenderamata hakim

26.                Hadirin yang dikasihi, acara penyampaian hadiah dan cenderamata dimulakan dengan pemberian cenderamata kepada hakim-hakim pertandingan. Di persilakan.............    

Cari Nama Hakim



Penyampaian pemenang

27.                Hadirin warga dewan gemilang sekelian,
kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

28.                Beikutnya di sampaikan hadiah untuk beberapa kategori.
Kita mulakan dengan:-

a.Tok Juara Terbaik
Tok Juara ( Tok Jogho ) terbaik Pertandingan Dikir Barat  Sekolah-Sekolah Rendah Jemputan Peringkat Kebangsaan 2016  ialah ........................................................................................ dari pasukan...............................................................

b. Persembahan Terbaik
Persembahan Terbaik Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jempiutan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016  di sandang oleh .........................................................................................................

c. Isi dan Bahasa Terbaik
Kualiti Isi dan Bahasa terbaik Pertandingan dikir barat kali ini di menangi oleh ......................................................................................

Saguhati untuk semua sekolah
5..........................................................................................................
6..........................................................................................................
7..........................................................................................................
8..........................................................................................................
9..........................................................................................................
10........................................................................................................
29.                Pihak Majlis mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan terimakasih kepada Yang Berusaha Dato’ Hajah Asuyah bt. Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman kerana sudi menyambaikan hadiah.

30.                Berikut kita sempurnakan pula hadiah untuk tempat ke 4, 3, kedua dan johan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab  Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 

31.                Untuk menyempurnakan majlis kemuncak ini,   majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ,Yang Berhormat Doktor Mansor bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Daerah Sik dengan diiringi  oleh ..................................................................

......................................... Majlis mempersilakan tuan berdua.

32.                Diumumkan keputusan pemenang bagi Pertandingan Dikir Barat Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 

Dimulakan dengan tempat ke 4 diberikan kepada

Ke 4 : ___________________________________________________________________

Ke 3 : ___________________________________________________________________

Hadiah Naib Johan dan Johan

33.                Tempat ke empat dan ketiga telah kita ketahui kedudukannya. Hanya dua pasukan lagi yang berdebar menunggu keputusan.


34.                Kami akan mengumumkan nama Juara atau tempat yang pertama dahulu. Secara tidak langsung, nama pasukan yang tidak disebut akan menjadi naib johan.  Namun begitu, hadiah akan diberi kepada naib johan terlebih dahulu.


Johan Pertandingan Dikir Barat Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016  ialah
  ________________________________________________________________

Dengan itu pasukan....................................................................................
.................................................................................................... secara
automatik merupakan naib johan.

Naib Johan

35.                Dipersilakan naib johan Pertandingan Dikir Barat Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 , Pasukan....................................................................
          ............................. untuk menerima hadiah.

36.                Inilah dia JohanPertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 , Pasukan..................................... ................................

37.                Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada yang berhormat Doktor Mansur bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Daerah Sik kerana sudi menyampaikan hadiah.


38.                Sebagai tanda kenang-kenangan atas kesudian hadir ke majlis kami, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Hajah Asuyah bt. Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Doktor Mansur bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Daerah Sik. Majlis mempersilakan  tuan berdua.
     

Penutup

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

39.                Sama cantik sama lawa
Pengantin berdua duduk bersanding,
Yang tak berjaya jangan kecewa
Menang kalah adat pertandingan

40.                Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada musim-musim yang mendatang

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

41.                Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekalian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan dari kami pihak pengajur pertandingan..


Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.


Disediakan Oleh : Cikgu Nasaruddin bin Darus


No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot