Skrip Juruacara Perasmian Karnival Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 2018 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 4 October 2018

Skrip Juruacara Perasmian Karnival Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 2018


TATACARA MAJLIS YANG PERLU DIPATUHI SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG

Assalamualaikum wb dan salam sejahtera
Para hadirin yang dihormati sekalian.  Berikut dibacakan beberapa tatacara yang perlu dipatuhi sepanjang majlis berlangsung pada hari ini.

1.   Para hadirin dipohon kerjasama untuk memenuhi tempat-tempat duduk di bahagian hadapan supaya tidak nampak tempat kosong.

2.   Para hadirin juga diharapkan agar tidak membuat bising atau berbual-bual kerana perbuatan ini akan nampak tidak manis di dalam majlis.

3.   Sila matikan atau tukar ke mod senyap telefon bimbit tuan-tuan dan puan-puan.

4.   Pohon kerjasama para hadirin agar tidak meninggalkan dewan sebelum majlis selesai dan sebelum tetamu kehormat kita meninggalkan majlis.

5.   Akhir sekali sama-sama kita memberi kerjasama agar majlis pada hari ini berjalan lancar dan sempurna. InsyaAllah.



SKRIP JURUACARA
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018
 (ESTECC 2018)
Tarikh        
:
2 Oktober 2018 (Selasa)
Tempat
:
Dewan Sekolah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Suhaimi bin Hamzah
Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan Pembangunan dan Pembudayaan STI (MESTECC) dengan diriringi oleh Yang Berusaha Encik Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Mohd Zainul Fikri bin  Dato Haji Mat Noh, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal Derah Sik, Encik Abdullah bin Manaf, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sik dan Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chepir.


Setelah semua VVIP berada di tempat duduk
Semua  hadirin  di minta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.

Habis Nyanyian

Semua Hadirin dijemput duduk
                                                                                                
Bismilahhirahmanirahhim
Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha  Encik Suhaimi bin Hamzah
Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan Pembangunan dan Pembudayaan STI (MESTECC)

Yang Berusaha  Encik Abd Aziz bin Selaiman ,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Encik Mohd Zainul Fikri bin  Dato Haji Mat Noh,
Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal Derah Sik

Yang Berusaha  Abdullah bin Manaf
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sik

Yang Berusaha  Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim,  
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chepir
Ketua-Ketua Jabatan Daerah Sik, Pengetua-pengetua dan Guru Besar-guru besar, Pegawai-pegawai dan petugas-petugas dari pelbagai agensi yang terlibat  dalam carnival kali ini, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua bidang, guru-guru pengiring, tuan-tuan dan puan-puan seterusnya hadirin sekalian.

Alhamdulillah, Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berkampung di Dewan Utama Sekolah kebangsaan Chepir, Sik, Kedah Daru Aman pada hari ini, untuk sama-sama menjayakan majlis Perasmian Karnival  tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ESTECC 2018)

PIhak majlis mengalu-alukan kehadiran semua tetamu kehormat terutamanya Yang Berusaha  Encik Suhaimi Hamzah. Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Pembangunan dan Pembudayaan STI (MESTECC). Sesungguhnya kehadiran tuan bersama-sama kami menyemarakkan lagi semangat dan iltizam kami dalam menjayakan karnival kali ini.

Untuk Maklumat Hadirin, Karnival  tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklmm (ESTECC 2018) ini dijayakan secara bersama oleh Kementerian Tenaga, Sains, teknologi, Alam Sekitar dan perubahan Iklim (MESTECC) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,  Pejabat Pelajaran Daerah Sik,  Pejabat Daerah Sik dan  Sek. Keb. Chepir.  Karnival ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 4 Oktober 2018.

Bacaan Doa`

Hadirin Sekalian, demi memastikan aturcara yang telah direncanakan berjalan dengan lancar dan sempurna, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al fadzil Ustaz Tuan Haji Nur Samiri bin Saad, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Sik,  Pejabat Agama Sik, untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai Doa
Aamin..aamin..Ya Rabbal Alamin
Terimakasih al fadzil Ustaz Tuan Haji Nur Samiri bin Saad atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita lancar dan sempurna hingga usai segalanya.


Persembahan Murid

Hadirin Sekalian,
Sebelum kita meneruskan kelangsungan acara, apa kata kita berjeda seketika untuk sama-sama menyaksikan persembahan senam tari dari 10 orang anak-anak tahun 3 Zuhrah, SK Chepir. Sama-sama kita saksikan.



Habis Persembahan murid

Terima kasih atas persembahan yang ditampilkan tadi.


Ucapan Alu-Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Meneruskan acara, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha  Encik Abd Aziz bin Selaiman , Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan tuan.

Selesai Ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Majlis merakamkan ucapan  berbanyak terima kasih kepada Yang Berusaha  Encik Abd Aziz bin Selaiman , Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.


Hadirin sekalian,

Ucapan Perasmian
Kini tiba tika dan waktunya, Majlis mempersilakan Yang Berusaha  Encik Suhaimi Hamzah Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan Pembangunan dan Pembudayaan STI, Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim  (MESTECC) untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Karnival  tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ESTECC 2018). Majlis Mempersilakan, tuan.

Habis Ucapan Perasmian

Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih atas ucapan perasmian oleh  Yang Berusaha  Encik Suhaimi Hamzah sebentar tadi, namun begitu, tuan di minta kekal di atas pentas untuk upacara gimik pelancaran. 
Jemput Untuk Gimik Pelancaran

Majlis turut mempersilakan

Yang Berusaha  Encik Abd Aziz bin Selaiman ,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


Encik Mohd Zainul Fikri bin  Dato Haji Mat Noh,
Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal Derah Sik

Yang Berusaha  Abdullah bin Manaf
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sik

Yang Berusaha  Tuan Haji Mat Desa Ibrahim, BKM
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chepir

Untuk sama-sama berada di atas pentas bagi menekan button Led colour fan menandakan  pelancaran Perasmian Karnival  tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ESTECC 2018)

Selepas Led colour fan di tekan

Selesai Acara Gimik Pelancaran

Demikian tadi lancarlah sudah Karnival  tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ESTECC 2018).
Pihak Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan-tuan kerana sudi membuat pelancaran sebentar tadi. 

Majlis mempersilakan Yang Berusaha  Encik Suhaimi bersama  tetamu-tetamu kehormat yang lain untuk kembali ke tempat duduk bagi sesi bergambar. Majlis mempersilakan tuan semua.

Selepas sesi bergambar  

Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha  Encik Suhaimi Hamzah Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan Pembangunan dan Pembudayaan STI, Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim  (MESTECC) dengan diringi oleh 

Yang Berusaha  Encik Abd Aziz bin Selaiman ,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Encik Mohd Zainul Fikri bin  Dato Haji Mat Noh,
Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal Derah Sik

Yang Berusaha  Abdullah bin Manaf
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sik

Yang Berusaha  Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim, BKM
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chepir

Serta tetamu-tetamu kenamaan lain untuk melawat tapak pameran dan tapak aktiviti. Majlis  mempersilakan Tuan-tuan semua untuk meninggalkan majlis.


Setelah  semua VVIP bergerak meningalkan pentas

Hadirin sekalian, untuk makluman, jamuan tengahari untuk Ketua-ketua jabatan, termasuk pengetua dan guru besar akan di sediakan di Bilik Mesyuarat di tingkat satu bangunan ini, manakala  untuk petugas pameran serta staff SK Chepir, jamuan akan diadakan di sebelah dewan ini.  Kesemua Jamuan tengahhari ini akan mula disajikan pada jam 11.30 pagi. Tuan / puan dijemput untuk menikmatinya nanti.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot