Frog Vle Login: Panduan Cari Url
Sekolah
Setiap
sekolah rendah dan menengah ada URL nya yang tersendiri, iaitu letak kod
sekolah di awal url 1bestarinet.net contohnya:
FROG VLE LOGIN
|
LAMAN WEB SEKOLAH
|
https://kodsekolah.1bestarinet.net
|
Contohnya:
https://jba1132.1bestarinet.net
|
Sekiranya
tidak berjaya, boleh rujuk Admin Sekolah anda. Selepas masuk ke URL sekolah,
anda bolehlah log masuk, paparan seperti berikut:
Bagaimana
jika terlupa kata laluan?
Anda
boleh rujuk Admin Vle Frog anda, minta dia resetkan password anda.
Bagaimana cara untuk
memastikan sekolah kita dapat capai KPI Frog Vle?
- Circle
untuk kiraan KPI bermula pada hari khamis hingga rabu minggu hadapannya.
Jadi anda boleh target bilangan murid yang akan bantu capaikan KPI pada
minggu tersebut.
- Kiraan
KPI hanya tertakluk kepada penggunaan murid, penggunaan guru tidak
diambil kira. Oleh itu kalau beratus guru login tetapi murid langsung tak
login ia tidak memberi kesan kepada peratus penggunaannya.
- Murid
wajib login sekurang-kurangnya 10 minit, kalau lebih lagi bagus. Maknanya
kalau buka, kemudian tutup ia masih tidak memberi apa-apa makna.
- Admin
frog vle perlu semak unique user, bilangan inilah yang menentukan
pencapaian KPI tersebut.
- Bagi
memastikan sekolah anda mencapai KPI tersebut, anda perlu pastikan 20-25%
dari bilangan murid login dan menggunakan Frog Vle dalam tempoh seminggu.
KPI yang ditetapkan adalah 20% tetapi disarankan untuk target lebih tinggi
kerana dikhuatiri ada yang login kurang dari 5 minit.
- Dalam
seminggu 20-25% murid yang login mestilah murid yang berbeza, murid yang
sama tidak diambil kira untuk pengiraan KPI.
- Tentukan
bilangan murid unutk mencapai KPI Contohnya:
JUMLAH MURID
|
450
|
20% MURID
|
90
|
Jadi setiap minggu perlu pastikan
90-100 orang murid login dan aktif menggunakannya.
|
- Dapatkan
kerjasama dari pentadbir sekolah, demi memastikan’katak ini tidak hanya
bertelur sahaja’, ia perlu digunakan di dalam PdPc.
- Untuk
memastikan murid menggunakannya, guru-guru bolehlah menyediakan bahan,
latihan, kuiz atau sebagainya kepada murid. Sekarang ada Frog Play,
bolehlah murid main game tersebut.
- Perlu
kerjasama semua, ubah sikap dan mentaliti.
- Rancang
jadual penggunaan makmal komputer, galakkan murid supaya minat
menggunakannya.
- Untuk memudahkan lagi murid nak log in, masukkan sahaja semua id dan password murid dalam pc dalam makmal ict atau bilik akses. Murid hanya perlu copy dan paste sahaja.
Semoga
tips dan panduan frog vle ini sedikit sebanyak dapat membantu anda
meningkatkan lagi penggunaannya di sekolah anda.
Terima kasih kepada penulis asal artikel ini...
Terima kasih kepada penulis asal artikel ini...
No comments:
Post a Comment