Lirik dan Minus One Lagu-Lagu Patriorik - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, 7 September 2018

Lirik dan Minus One Lagu-Lagu Patriorik

Dirgahayu Oh Tanahairku - Saadiah Mohamad

Kau persada indah permai
Pepohon menghijau, menghias pantai
Putera-puterimu tersenyum riang ria
Tegas, bebas, sejahtera, makmur, maju jaya!
Di bawah naungan payung mahkota

Oh, pertiwiku perkasa
Disanjung, dipuja setiap masa
Berwaspada, sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa, satu bahasa, satu budaya
Malaysia nusaku tercinta

Tumpuan pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal, merata dunia...

Kepadamu, oh pertiwi
Kasihku abadi, sejati murni
Relaku berbakti mesti berkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu, oh tanahairku! 



Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


 Saya Anak Malaysia
1957 bulan 8 kita merdeka,
Setelah dijajah oleh orang Inggeris,
Kamikaze dan Portugis.
Saya Anak Merdeka x 4
Sedikit masa harus diluangkan,
Fikirkan sebentar apa yang dijuangkan,
Adakah merdeka sekadar laungan,
Merdeka semuanya keluar gaungan,
Merdeka lebih dari tiga jeritan,
Merdeka bebas dari kesempitan,
Pemikiran, otak, akal, minda,
Mungkin tiba masa definisinya dipinda.
Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri kita,
Walaupun cantik negeri orang,
Tentunya Malaysia cantik lagi!
Dari Perlis ke Kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju,
Bumi bertuah hasil melimpah,
Siapa rajin hidup mewah.
Saya Anak Merdeka x 4
Melayu, Cina, Iban, India,
Kadazan Portugis pun ada,
Semua kaya dengan budaya,
Di bawah kibaran satu bendera.
Saya Anak Merdeka x 2
Saya Anak Malaysia x 4

Cemerlang, Gemilang Terbilang

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati satu rasa
Impian pasti menjadi nyata
Demimu Malaysia tercinta
Kami menggenggam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan
Demi bangsa demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang
Maju bangsa maju negara
Kita dipandang mulia
Cemerlang gemilang terbilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya
Cemerlang gemilang terbilang

Lagu : Dato' Mokhzani bin Ismail
Lirik: Siso



DARAH SATRIA
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..(2x)

Lirik lagu DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
(Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke-57)
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
Lagu : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahaya
Penyanyi : Bob Yusof
Penyelaras : Bhg Perkhidmatan Muzik


Lirik Lagu Malaysia Baru
Andai hidup tak punya cinta
Pada bangsa maupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa
Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna
( korus )
Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga
Oleh itu mari kawanku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru
( ulang dari korus hingga akhir )


 

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot