Bukan
penyair ayahku
Senandung
duka merenung mendung
Adakah
cahaya menyelit ?
Bukan
lagi simpati membelit
Meraup
hujan dari rahmat
Demi
basah yang tidak ditadah
Bukan
lagi rezeki untuk ditarah
Bukan
penyair ayahku
Menangisi
rezeki hari ini
Untuk
tangis yang tidak pernah selesai.
Bukan
penyair ayahku
Menggantung
pencarian
Kerana
rahmat yang datang tidak pada tempat.
Namun
setia ayah pada bebukitan
Kerana
ayahku penyair di situ.
Kemelong
13.11.1989
No comments:
Post a Comment