TANDA BACA
1.
Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada
pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia
diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan
kesesuaiannya.
3.
Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik ( . )
Tanda
koma
( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda
seruan
( ! )
Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda noktah
bertindih
( : )
Tanda pengikat kata atau petik ( “
“ )
Huruf
Besar
Penggunaan |
Contoh ayat |
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
|
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
|
b)
digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
|
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
|
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang
berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
|
a)Yang
Maha Pengasih,
b)Ampunilah
hamba-mu.
c)Semoga
Engkau menerima doa kami.
|
d)
digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan
yang diikuti nama orang
|
a)Haji
Abdul Ghabur
b)Nabi
Muhamad S.A.W
|
e)
digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti
nama orang
|
Profesor
Ahmad Hashim
Sarjan
Major Kamarudin , Tengku Iskandar
|
f)
digunakan diawal nama khas
|
a)
Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
|
g)
digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
|
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
|
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi
badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
|
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung
Tanah Melayu
|
2.1
Tanda Titik atau noktah.
Tanda
titik digunakan...
|
Contohnya
|
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan
atau seruan
|
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
|
(b) pada akhir singkatan nama orang
|
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En.
(Encik)
|
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam
cakap ajuk
|
Kata
kakak, "Bunga itu sudah layu:"
|
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan
|
5.4,
30.2, 1 19.8
|
2.2
Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan... | Contohnya |
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
|
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
|
(b)di belakang kata seru
|
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
|
(c)untuk
menandakan tempat berhenti
sebentar.
|
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
|
(d) di belakang kata penghubung pada
awal
ayat
|
...
Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
...
Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
|
(e)untuk
memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
|
Rumah
itu besar, tetapi tidak cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
|
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
penutup kata (") dalam cakap ajuk
|
Ravi
berkata, "Ini suratnya, encik."
"Terima
kasih," jawab Encik Abu.
|
2.3
Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan... | Contohnya |
(a) pada akhir ayat tanya
|
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
|
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
|
"Apa
yang kamu lihat?" tanya Jimmy.
|
2.4
Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan... | Contohnya |
sesudah
penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
|
(a)
Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b)
Siapkan kerja itu segera!
|
2.5
Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan... | Contohnya |
(a) pada
akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
|
Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
parang, sabit, dan cangkul
|
(b)
untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
|
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
|
2.6
Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakan | Contohnya |
(a)
untuk memisahkan bahagian-
bahagian
ayat yang sejenis dan
setara
|
Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
|
(b)
pada baris pertama pantun dua
erat
|
Ada
ubi ada batas;
Ada
budi ada balas.
|
(c) pada baris kedua pantun empat
kerat
|
Kalau
ada jarum patah,
Jangan
disimpan di dalam peti;
Kalau
ada silap dan salah,
Jangan
disimpan di dalam hati.
|
2.7
Tanda Sempang (-)
Tanda sempang digunakan... | Contohnya |
(a) untuk
menyambungkan kata yang
diulang dan kata ganda
|
murid-murid,
riuh-rendah
|
(b) untuk
merangkaikan:
i se dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan
huruf besar
|
seMalaysia,
seTanah Melayu
|
ii. ke- dengan angka
iii. angka dengan -an
|
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
|
(c) memisahkan huruf kecil daripada
huruf besar
|
rahmat-Mu, hamba-Nya,
sinar-X
|
2.8
Tanda Petik ("...")
Tanda petik digunakan | Contohnya |
(a)
untuk mengapit petikan langsung
|
"Saya belum makan ibu," kata adik.
|
(b) pada jadual rencana, karangan,
novel,
puisi, dan sebagainya
|
Novel "Esok Masih Ada" memenangi
hadiah pertama.
|
Ringkasan
|
Contoh
ayat
|
Huruf
Besar
1.
Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
2.
Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas
3.
Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan
cakap ajuk.
4.
Digunakan selepas tanda seruan.
|
a.
Ibu memasak nasi.
b. Tan
seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
a. Amin,
ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.
b. Ahmad
membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman.
a. Dengan lantang ibu berkata “ Bangun, kemu sudah
terlewat ke sekolah.”
b. “Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari
inikah ?” tanya Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
|
Tanda
noktah atau titik ( .)
1.
Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
2.
Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan.
|
a.
Dia baru pulang dari sekolah.
a.
Kami melawat R.T.M.
a.
Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
|
Tanda
koma ( , )
1.
Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
2.
Digunakan selepas kata seruan.
3.
Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
4.
Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal ayat.
|
a.
Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
a. Wah, bijak betul budak itu !
a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku kuning
itu.”
b. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,” pesan ibu.
a. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
b. Jadi, dia pun lari dari situ.
|
Tanda
Tanya atau soal ( ? )
Digunakan
untuk menamatkan ayat soal.
|
Pukul
berapa dia pergi ke sana ?
|
Tanda Seruan ( ! )
Digunakan di hujung ayat-ayat seruan.
|
a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
b.
Eh, bila kamu sampai !
|
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )
1. Digunakan untuk menulis kata ganda.
2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan
huruf besar.
3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka
atau nombor.
4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran
-an.
|
a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kuda
b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.
a. Ke-60, ke-10
b. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke -
5.
a.
60-an, 70-an, 80-an, 90-an
b.
Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
|
Tanda
Noktah Bertindih ( : )
1.
Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.
2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.
3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam
sesuatu perbualan.
4.
Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat.
|
a.
Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di
pandang hina.
b.
Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai
masyarakat
a. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam
?
Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat
bangun.
a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv-
pemadam
|
Tanda
Koma Bertindah ( ; )
1.
Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
2.
Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata
hubung.
|
a.
Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan
penggali.
b.
Kami semua lulus dalam ujian matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah
dan saya sendiri 88 markah.
a.
Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
|
Tanda Pengikat Kata atau Petik (
“ “ )
1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.
2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita,
sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
|
a. “Saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Ghani.
b. Adnan berkata, “Sayalah pemain yang menjaringkan gol
itu.”
a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk,
“Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R.”
|
Pilih ayat yang betul menggunakan tanda baca.
1.) A “Wah, besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
B “Wah! Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
C “Wah. Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
D “Wah, besarnya Stadium Negara!” kata Rina
2.) A Kelmarin, seorang budak perempuan ditemui mati di lombong itu.
B Kelmarin seorang budak perempuan ditemui mati di lombong itu.
C Kelmarin, seorang budak perempuan, ditemui mati di lombong itu
3.) A Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat setia dan cinta kepada negara.
B Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat, setia, dan cinta kepada negara!
C Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat, setia dan cinta kepada negara?
4.) A Nah! Terimalah balasan jika berbuat jahat!
B Cis, besarnya kayu yang disepak engkau?
C Aduh, kenapa sampai begini nasibku!
D Wah, malang sungguh nasib engkau.
5.) A “Ya saya yang memanggil kamu tadi kata Lokman.”
B “Ya. Saya yang memanggil kamu tadi!” kata Lokman.
C “Ya, saya yang memanggil kamu tadi,” kata Lokman.
D “Ya! Saya yang memanggil kamu tadi.” Kata Lokman.
Letakkan tanda baca yang betul pada ruangan yang disediakan dalam ayat-ayat di bawah.
( . , ! ? " " )
1. Amin dan Razak bermain bola sepak di padang( )
2. Wah( ) besarnya rumah kamu( )
3. ( ) Jemputlah ke rumah saya( ) ( ) pelawa Ayu kepada Hasmah( )
4. Ibu membeli ikan( ) sayur( ) dan buah-buahan di pasar( )
5. Cikgu( ) bilakah saya harus menghantar lukisan ini( )
6. Saya mendapat tempat pertama dalam acara lompat tinggi( )
7. ( ) Bilakah kamu sampai( ) ( ) tanya Hazid( )
8. Di manakah letaknya Tugu Negara( )
Betulkan penggunaan tanda baca dalam ayat di bawah.
1. Nah! ambil pen kamu ini.

..................................................................................................................................
2. Berapakah harga seikat kangkung ini.
2. Berapakah harga seikat kangkung ini.
..................................................................................................................................
3. Ayah mahu membeli kereta proton waja di kedai proton bersatu?
..................................................................................................................................
4. Ayah telah menghadiahkan seutas Rantai Lehar kepada ibu?

5. Ibu
membeli ikan daging lobak dan tembikai di pasar.
..................................................................................................................................
6. Sekolah saya telah mengadakan hari kantin sekolah kali ke 2 pada hari sabtu lalu.
..................................................................................................................................
7. Bilakah kamu akan bertolak ke jepun, ani, Tanya Salwa.
..................................................................................................................................
8. Cikgu kamarul mengajarkan bahasa malaysia setiap hari isnin dan Rabu.

1. A “Wah, besarnya Stadium Negara,” kata
Rina.
B “Wah! Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
C “Wah. Besarnya Stadium Negara,” kata Rina.
D “Wah, besarnya Stadium Negara!” kata Rina.
2. A Kelmarin,
seorang budak perempuan ditemui mati di
lombong
itu.
B Kelmarin seorang budak perempuan ditemui mati di
lombong
itu.
C Kelmarin, seorang budak perempuan, ditemui mati di
lombong
itu.
3. A Sebagai rakyat Malaysia, kita harus
mempunyai sikap taat
setia dan
cinta kepada negara.
B Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat,
setia, dan
cinta kepada negara!
C Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat,
setia dan
cinta kepada negara?
D Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap taat,
setia, dan
cinta kepada negara.
4. A Buluh, tali, kertas, gam, dan gunting,
digunakan untuk
membuat layang
– layang.
B Buluh, tali, kertas, gam dan gunting digunakan untuk
membuat
layang – layang.
C Buluh, tali, kertas, gam, dan gunting digunakan untuk
membuat
layang – layang.
5. A Nah! Terimalah balasan jika berbuat
jahat!
B Cis, besarnya kayu yang disepak engkau?
C Aduh, kenapa sampai begini nasibku!
D Wah, malang sungguh nasib engkau.
6. A “Diakah yang menyampaikan ucapan,
sebentar tadi?”
tanya Ng.
B “Diakah yang menyampaikan ucapan sebentar tadi.” Tanya
Ng.
C “Diakah, yang menyampaikan ucapan sebentar tadi!” tanya
Ng.
D “Diakah yang menyampaikan ucapan sebentar tadi?” tanya
Ng.
7. A Sebagai, ketua murid kamu mesti menjadi
contoh kepada
murid –
murid yang lain.
B Sebagai ketua murid, kamu mesti menjadi contoh kepada
murid –
murid yang lain.
C Sebagai ketua murid, kamu mesti menjadi contoh, kepada
murid –
murid yang lain.
D Sebagai ketua, murid kamu mesti menjadi contoh kepada
murid –
murid yang lain.
8. A “Ya saya yang memanggil kamu tadi kata
Lokman.”
B “Ya. Saya yang memanggil kamu tadi!” kata Lokman.
C “Ya, saya yang memanggil kamu tadi,” kata Lokman.
D “Ya! Saya yang memanggil kamu tadi.” Kata Lokman.
9. A “Baju itu berharga seratus ringgit?
Amboi, mahalnya!” kata
Raju.
B “Baju itu berharga seratus ringgit, amboi, mahalnya!” kata
Raju.
C “Baju itu berharga seratus ringgit! Amboi! Mahalnya!” kata
Raju.
D “Baju itu berharga seratus ringgit! Amboi! Mahalnya,” kata.
10. A “Buku yang berjudul ‘Batu Ajaib’
dikarang oleh Rosnani
Bakhtiar,”
kata Rafidah.
B “Buku yang berjudul Batu Ajaib dikarang oleh Rosnani
Bakhtiar,”
kata Rafidah.
C “Buku yang berjudul Batu Ajaib dikarang oleh Rosnani
Bakhtiar!”
kata Rafidah”.
D “Buku yang berjudul ‘Batu Ajaib’ dikarang oleh Rosnani
Bakhtiar?”
kata Rafidah.
11. A “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf
tangan ini!” tanya
abang
kepada Arshad?
B “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini,” tanya
abang kepada Arshad?
C “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini?”
tanya
abang kepada Arshad.
D “Bagaimanakah cara kamu membuat kraf tangan ini,” tanya
abang
kepada Arshad.
12. A “Eh! Kamu belum tidur lagi rupanya!”
kata Emilia kepada
Nora.
B “Eh, kamu belum tidur lagi rupanya!” kata Emilia kepada
Nora.
C “Eh, kamu belum tidur lagi rupanya,” kata Emilia kepada
Nora.
D “Eh! Kamu belum tidur lagi rupanya,”
kata Emilia kepada Nora.
13. A Saya mula bertugas sebagai guru di
Ipoh, Perak lusa.
B Saya mula bertugas sebagai guru di Ipoh, Perak lusa!
C Saya mula bertugas, sebagai guru di Ipoh Perak lusa.
D Saya mula bertugas sebagai guru, di Ipoh, Perak, lusa.
14. A Jamilah berkata dengan nada yang keras,
“Jangan usik
barang –
barang saya.”
B Jamilah berkata dengan nada yang keras. “Jangan usik
barang –
barang saya?”
C “Jamilah berkata dengan nada yang keras, jangan usik
barang – barang
saya!”
D Jamilah berkata dengan nada yang keras, “Jangan usik
barang –
barang saya!”
15. A Saya ingin memesan barang – barang yang
berikut: ayam,
asam jawa,
dan serai.
B Saya ingin memesan barang – barang yang berikut ayam,
asam jawa,
dan serai.
C Saya ingin memesan barang – barang yang berikut! Ayam,
asam jawa,
dan serai.
D Saya ingin memesan barang – barang yang berikut? Ayam,
asam jawa,
dan serai.
16. A Hayati sedang membuat kerja sekolah
manakala rakannya
yang lain
membaca buku.
B Hayati sedang membuat kerja sekolah! Manakala rakannya
yang lain
membaca buku.
C Hayati sedang membuat kerja sekolah manakala, rakannya
yang lain
membaca buku.
D Hayati sedang membuat kerja sekolah, manakala rakannya
yang lain membaca buku?
17. A “Amboi, baru terpilih mewakili pasukan
sekolah, sudah
sombong,”
sindir Norman.
B “Amboi! Baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah
sombong,”
sindir Norman.
C “Amboi! baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah
sombong.”
sindir Norman.
D “Amboi, baru terpilih mewakili pasukan sekolah, sudah
sombong!”
sindir Norman.
18. A “Eh! duit RM10.00! Siapakah tuan punya
duit ini? tanya
Roslin.”
B “Eh, duit RM10.00! Siapakah tuan punya duit ini?” tanya
Roslin.
C “Eh, duit RM10.00. Siapakah tuan punya duit ini?” tanya
Roslin.
D “Eh! Duit RM10.00. Siapakah tuan punya duit ini?” tanya
Roslin.
19. A “Apakah yang dicari oleh pihak polis di
rumah Encik Yatim
itu,”
tanya Hanim.
B “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim
itu.”
tanya Hanim.
C “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim
itu!”
tanya Hanim.
D “Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik Yatim
itu?”
tanya Hanim.
20. A Rahman! Apakah nama kucing kamu?
B Rahman, apakah nama kucing kamu?
C Rahman? Apakah nama kucing kamu?
D Rahman! Apakah nama kucing kamu.
No comments:
Post a Comment