Namaku
Atomic. Aku merupakan penapis air dua silender yang telah di buat di sebuah
kilang penapis air di Shah Alam, Selangor.
Aku dicipta khusus untuk kegunaan di rumah sebagai penapis air yang
berfungsi sebagai pembersih air daripada pelbagai bahan yang tercemar.
Setelah siap dibuat dan diuji, aku telah di hantar
ke sebuah kedai penapis air di Kuala Lumpur.
Aku dipamerkan di atas rak bersama rakan-ralanu yang lain. Rkan-rakan ku terdiri daripada pelbagai
bentuk dan rupa.
Suatu hari, aku telah dibeli oleh bapa Amirul
dengan harga RM 800. Harga ku agak
sederhana berbanding dengan beberapa orang lagi rakanku yang harganya mencecah
ribuan ringgit. Aku dihantar oleh
pekerja kedai ke rumah Amirul untuk dipasang.
Di rumah Amirul, aku disambungkan pada kepala paip
di ruangan dapur. Pekerja yang memasang
aku merupakan seorang pekerja yang mahir.
Setelah siap dipasang, aku diuji samada berfungsi dengan sempurna atau
tidak. Dua silender yang yang menjadi
badanku telah berjaya menapis air dengan sempurna. Air jernih yang mengalir keluar dari
muncungku benar-benar bersih dan berkhasiat.
Selagi aku masih berfungsi aku aku menaruh harapan
agar khidmat menapis airku ini dapat digunakan oleh semua orang. Aku berbangga kerana dapat memberikan mereka
air yang bersih.
No comments:
Post a Comment