Skrip Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru 2018 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 21 May 2018

Skrip Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru 2018


BISMILAHHIRAHMANIRAHIM…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Sahrof bin Sailon, Pen. Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Chepir, Tuan Haji Yusri Bin  Abd Hamid, YDP PIBG, Guru-guru  Penolong Kanan, Ajk PIBG,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.  Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk memberikan ucapan, sempena Hari Guru 2018, hari ini 16 Mei.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru.  16 Mei saban tahun telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama, pada tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu  telah menerima   LAPORAN RAZAK, yang telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan, semenjak hari itu.

Tahun ini, Guru Pemacu Transformasi Pendidikan, telah dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada  seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.


Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mengenal abc, 1,2,3, one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani karenah kita amatlah besar nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung nyawa.



Rakan sekalian, 

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia mendengar segala masalah kita. Guru lah segala-galanya bagi kami.   Oleh itu, guru-guru di SKC ini merupakan pendidik yang cukup hebat  dalam mendidik kami semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman  Awang dalam puisinya Guru Oh Guru.  Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives of their students.”

Sekian, terima kasih. 


No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot