Dari joh lagi dah denga ghiyoh-ghemang sogha budak-budak dalang kelas 4 Zuhal yang dok di hujung blok D. Sekali-sekala sebalas dengang bunyi ghiyoh di pekan Sening malang Selasa di Pekan Sik nu. Aku melangkah lole hala gi ke kelas tu. Jam di tangang ku dah pong puko 8.20 pagi, ini makna dia aku lambat lima minit dah nak masuk kelas. Bo molek litas kelas 4 Marikh, satu kelas sebelong kelas 4 Zuhal, aku napak Zurina ketua kelas 4 Zuhal lari mari terkong ke arah ku.
“ Cikgu, ada budak bergaduh dalang kelas.!!” Khalok dia mari report kat ku sambe letih
hak-hak. Lubang hidong pun dok kembang kepih mintak anging. Tak
gadoh nak jawab natang pa dah, aku pederas gi, kelas 4 Zuhal.
Habih semua
budak-budak dalam kelas tu dok beripong lek belakang kelas. Buat satu
bulatan. Dok krumung. Pakat tolak mu aku.
Aku hite tak berapa begaghi. Aku
pederas sikit soraku.
“ Hei.. semua kelik tempat masing-masing! ” sebalas anak-anak
ayang yang baru terbik daghi lo, semua budak-budak
terkong gi tepat duduk masing-masing. Gung-gang-gung-gang bunyi kerosi ngan
meja. Habih semua dema ghepoh. Masa tu
la baru aku napak ada dua
orang budak jatang masih lagi dok bergusti atas semeng di belakang kelas. Aku mula nak bertukar jadi
singa. Gerang dik-dik. Cepat ya aku tarek cuping telinga kedua-duanya.
“Wok pa moha ni. Gedubey sungguh. Tak habih-habih buat
perange” Aku jegey bute mata hite dua
orang budak yang ku tarik telinga tadi.
Hadi ngan Husing. Kedua-duanya dok kelik-pok-kelik-pok hite ke ku. Sebalas cicak berak kapur. Sebalas ayang kena
penyakek. Dok tunggung hari nak mapoh.
Seronyeh weh belaka. Ada dua tiga
bekas tapak kasok melekat di sluar masing-masing.
“ Hadi.. mu kalu
saghi tak buat perange, tak boleh ka gena? Aku mula gerang. Kepala Hadi aku tonyoh dengan jari
telunjukku.
“ Dah.. dua-dua kelik tepat masing-masing.” kejadian yang baru berlaku sat
ni betul-betul membunuh semangatku nak mengaja pagi tu. Walopun lembarang kegheja untuk latihang Bahasa Melayu khegetas 2 bahagiang C aku dah buat
siap-siap, kemareng lagi.
Hadi..merupakan satu nama yang cukup kena molek dengan macang-macang
benda yang jadi dalang kelas 4 Zuhal ni.
Aku pong last-last ni, tak thu paksal pa nya jadi bechi,
chemuh, jemu dengan perange Hadi. Minggu lepas ya, dia kena takat, paksa nye
balas peseng budak kelas leng.
Sebelung-sebelung tu pong ada kes tak masuk dalang kelas. Poteng kelas oghang
kata. Saghi nye gi dok duduk dalam
jambang nu. BIla oghang tanya, paksal pa tak masuk kelas, dia selamba ya royat,
“Malas”
Bulan
lepas kalu tak salah ku, bedaok Si
Esah dari kelas 4 Marikh. Nye gha-ang
sebalas oghang masuk hatu. Dalam sik-sik
teghiyak dia ghoyat kata Hadi sepak kakinya sape bergelabeng jatuh tangga. Beghudung sape ke bawah.
Aku tak beghapa mbek thu sangat paksal budak Hadi ni.. Aku
kalu boleh tak mboh mbek thu lasong tentang dia. Lagipong, aku bukangnya guru
kelas 4 Zuhal nak mbek thu. Tugas ku cuma
gi ngaja Bahasa Melayu ya dalam kelas tu. Hat mana boleh ikut natang pa yang ku
haja, ikut lah. Hat tak buleh tu, nak buat gena dah dey. Lak kat dema saja la.
Budak Hadi ni seleng
daripada dok buat perange macang-macang di sekolah, kheng baju yang dia pake
pun berlemoh poh. . Baju nya tak sekemas baju,Azam, Bidin ataupun budak-budak
hak len. Baju putihnya penuh dengan thik
lalat yang bertopok hitang. Ada juga dua
tiga topok getah dok berkapok pada bajunya. Kena getah pisang dah bekali.
Ah.. aku cukuk chemuh bila tiba peghiyang aku kena gi ngajar
di kelas 4 Zuhal. Bukang paksal aku malas
nak gi ngajar tetapi paksal ada sorang budak yang nama Hadi dalang kelas
itu. Dari register yang cikgu kelas dia
dok tanda hari-hari, aku tengok wareh Hadi ini bukang mak pak dia. Tapi tok
cheir dia. Paksal pa jadi lagu tu, aku pong tak mboh mbek thu. Tapi dalang semengung saheh ada sari ka dua
hari dia tak maghi sekolah. Aku yang kebetulang baghu pindah maghi
sekolah ni, memang tak thu natang pa.
Sebelung ni, aku ngajar di sebuah sekolah rendah di daeghah leng.
Besa juga aku tengok tok cheir nya maghi hata sape ke depang
paga sekolah . Hadi kulihat macang seko beghuk yang dok tercokoh atas plata gerek
tua cheir dia. Aku betul-betul pelek dngan keadaan lagu tu. Aku yang tak beghapa besa dengang suasana di kawasang kapong ni kadang-kadang rasa geli gelemang dengang
perange Hadi. Kalu periang hujang, baju
skolah dia koto sungguh. Tak begaghi ghupa. Lebih kembang lagi dengan hinguh yang
kadang-kadang meleleh kut bawah hidong nak masuk dalang mulok. Sekali dia
seghok, hingus yang kuning-kuning macang cendo tu masuk kelik dalang lubang
hidongnya yang berdama. Berkurik kut pipi bila di tenyeh dengan
lengangnya. Berkilat dan berkerak ya bila
kering dan kena cahaya matahaghi.
Tengahhaghi tu, aku betul-betul geghang. Mengamuk sakan aku dalang kelas 4 Zuhal. Masa budak-budak len khalut dok wak terbik kerja
rumah yang telah ku beri kemareng. Hadi masih lagi dok ngok ngek ngek dok
kerobek natang pa tak thu dalang beg buruk dia. Dia
buat-buat khalut sape kadang-kadang aku rasa macang dia nak holo kepala dia
masuk dalam beg tu sekali.
“Hadi, mana buku latihang mu ?” aku mula pedeghas soghaku.
“ Tak thu cikgu. Magheng ada .. lani tak dak pulak dah ” selamba ya
Hadi ghoyat kat ku.
“Wak maghi sini, cikgu nak tengok!” aku ghenjoh begnya.
Ringang cheh . aku tunggeng semua isi peghotnya atas meja. Berseleghak tabak.
Hanya dua tiga bute buku latihang saja yang ada. Tu pun nya ghele dah. Ghenyuk tu toksah dok ghoyat la.
“ Mana buku tatabahasamu
?”
“ Royat dah tadi, tak thu hilang gi mana.” Jawab Hadi sambe
dok hite buku-bukunya yang dok berseleghak atas meja.
Aku kute perut dia. Lepas tu aku pulas. Tak cukuk dengan denda tu, aku suruh dia diri
atas krosi. Haluh ya aku hite batang tubuhnya.
Sebesa sekenet pun tak dak persaang kesiang ku
kat dia. Ghasa nak ya aku boh penendang
budak ini. Bale gelabeng pah bawah meja. Bale berselerak giginya di sagat
simen. Bale lenyap daghi padangan bute
mata aku. Bale tak dak pong dalang kelas 4 Zuhal ini. Kalu aku dapat melihat
kumang lani, aku rasa budak Hadi ini lebih haloh darinya. Lebih haloh malah
lebih kecik. Macang nak ya aku tindas-tindas dengan kuku jari ku sebalas tindas
tungo yang bucik peghut lepas kherik cuping telinga kucing.
Walopong
lagu tu, aku sedar. Sebagai seorang cikgu,
etika perguruang yang aku ngaji dua thong setengah di di Institut
Bahasa itu masih lagi dok ingat. Dalang
dok thang sabar tu, aku masih dok ingat lagi batas-batas kemanusiaang. Tak leh nak mikir dah aku kalu budak kecik
sehaloh Hadi tu kena penabohku, saheh demang la dua, tiga haghi. Kalu dak pun teghuh peghik nak maghi sekolah. Aku taghoh kejap-kejap rasa kemanusiang ku
itu, takot kut kalu terlajak . Nya ghembas ikut dan. Aku lak sahaja Hadi
berdiri chokoh atas kerusi tu sape habih masa Bahasa Melayu.
Hari ini, awal-awal lagi semua semua budak-budak Sekolah Chepir sudah berator di tapak perhingpunang. Tarikh 16 Mei memang sentiasa ditungung-tungung
oleh semua guru dan murid. Hari Guru
akan disambut dan diraikan. Molek saja
habih perhimpunang pagi, Cikgu Rashid buat pengumumang. Mana budak-budak yang nak beghi hadiah kat cikgu-cikgu boleh dah mula nak beghi ka. Aku yang kebetulang masih dok dekat dengan pentas mula kena keghumung
dengan anak-anak mughedku. Berebuk-rebut
nak holo hadiah. Nak bersalang dan beghi ucapan selamat hari guru kat ku.
Masa dok khalok
layang perange dema, tiba-tiba saja aku
rasa ada benda yang tonyoh beberapa orang mughed yang tengah dok keghumungku. Teghenyak
aku di asak dengang cara mengejut lagu tu.
Beberapa bute kotak hadiah yang aku pegang terlepas ke bawah. Prangggg… bunyi macang ada kaca yang pecah. Aku choh bakek chagi puca natang pa yang
berlaku. Seghaaaakkk , menyighat darah
ku bila semua budak-budak yang dok di sekelilingku pakat
bejhegit sambe tangan dema tunjuk hala
ke satu tubuh yang meneghap tergolek depangku.
“Cikgu, Hadi tolakkkkk” macang segentak yaaa sogha dema.
Kali ini, beto-beto aku hilang saba. Senyung yang ada di bibe masa dok layan
anak-anak murid ku sat ni hilang habih. Teghebang sebalas burung layang-layang di
langit periang jaong, peghiyang hujang nak tughong.
“ Hadi..bakek…” jerkahku.
Deghas sunggub sogha ku sebalas dengan petir yang nak membelah bumi museng tekujoh.
Hadi pelang-pelang bakek. Hiteku dengan muka tak salahnya. Dia dan lagi sengih kat ku. Napak gigi karatnya. Dalam tak sedar, aku hayong tangang khanangku.
Pang… tepat kena pipi kiri Hadi. Mungkin agak deghas penapa
aku itu, Bergegar badang Hadi. Satu benda yang dok berbukus dengang sughat khaba
terlepas daghi tangang dia. Hadi keghas
keghejong tang tu Dok thang sakek dah
bekali. Budak-budak hak len pong senyap dik. Terkejuk dengang tindakang ku kat Hadi tadi
kut. Hadi kemudiannya laghi selepas
ambek khelik bungkusang dia yang jatuh tadi.
Dekat-dekat puko 1.30 petang, aku mula bedeghas hidupkan enjin
kereta nak khelik ke ghumah. Bo Molek
lepas pitu paga sekolah, ada sorang tua khalok-khalok teghekong mari dan
cepat-cepat thang ku.
“ Cikgu, Cikgu.. tunggu sat” dia dok gamit-gamit tangan ke ku
Darah tak dak setitik dah aku bila aku napak batang tubuh oghang thua ni. Aku kenal oghang thua ini. Tu lah Cheir Hadi. Hadi pong ada di belakang cheir dia.Takut-takut.
“ Mampus aku kali ini. Saheh si Hadi ni gi repok kejadiang
pagi tadi Kat cheir dia.” Aku mula
gelabah bewak. Dok senyung temewek pun tak beghapa nak jadi dah. Mata ku kho dok hite golok yang teghikat kemas
pada pinggang cheir dia.” Sah. Lumat aku kena cicang”
Aku nekad, nak jadi natang pa pun jadilah, aku kena mengadap
oghang thua ini. Aku cuba peghingat lakah-lakah silat yang besa aku belaja zaman sekolah menengah dulu. Aku besedia kok kalu ada benda buruk akan
berlaku. Aku beghenti kgheta lalu jakah teghebek pelan-pelan.
“ Asalamualaikum , cikgu” lembut ya sogha cheir Hadi beri salam
ke ku. Sambe holo tangangnya. Tak dak tanda-tanda dia nak serang aku.
" Wa… wa.. waalaikumusalam” keta
gak sogha ku jawab salang dia.
Tak tungung lama, cheir
dia pun ghoyat ke ku.
“ Hadi ni cikgu. Khalok sungguh nak beghi hadiah kat cikgu sempena hari guru
ni. Tadi, tak dan nak beghi katanya. Lagi pong dia malu nak beghi kat cikgu.
Hadiahnya tak tegha mana pong”
Sejok sat aku dengar
percakapangnya yang lembok dan terato. Aku tertanya-tanya adakah Hadi dah ghoyat
kes dia kena penaboh ku pagi tadi. Paksal tu, aku tak leh nak muluk lagi.
Hadi guek pelan-pelan maghi kut ku. Holo benda yang bukus
sughat ghaba kat ku . Pelan-pelan aku
membuka bukusang tu. Seplastik ikan budu adalah hadiah daripada Hadi untok ku.
“ Hadi yang tangkap ikang ni cikgu. Tiap-tiap petang mukat. Nak cari ikan untuk cikgunya.
Mingung lepas, dapatlah banyak sikit. Nye paksa tok dia suruh buat ikang budu. Tu lah budunya. Sayang sangat dia kat cikgu.
Kalau saghi tak cerita kisah cikgu, tak leh tido lah gamaknya”
Aku beto-beto selok kali ni. Tak leh nak buka mulok lasong. Kaku.
Kejut. Keghas keghejong. Peghange ponghah dan ekseng ku chey(cair) dengang ketulusang
hati anak kecik yang paling aku bechi ni. Budak ni tidak besa lasong taghoh
dendang kat ku yang jarang mbek peduli dan selagheh juga dok hukung dia.
Pelan-pelan aku cuba kutek kelik kekuatang ku sebelong buleh
besogha.
“ Mak dan pak dia pas mana pakcik ?"
“ Mak pak dia mati lama dah, cikgu. Mati masa nak gi motong di
kebong. Mutu seneghih dengang lori
balak. Tinggallah Hadi dengang kami
sejak umor 4 thong. Dia tak dak adek beghadek leng. Soghang terkoteng-koteng. Tu yang ghajeng buat peghange. Kami tak beghapa ghok nak jaga. Tok dia pong dok sakek sokmo.
Kasih sayang tok dengang cheir tak sebalas dengang kasih sayang mak pak.
Cikgu tengok-tengokkanlah Hadi ni. Kalu
jahat ka, buas ka, godang saja la cikgu. Jangang beghi patah ghiyok sudah la”
Panjang leba Cheir Hadi bercerita kat ku.
Aku pelan-pelan mengangguk. Sebalas pokka yang ghajeng dok
meniti atas ghating phong bunga ghaya
tepi ghumahku. Malu kat diri sendighi. Aku mula seda bahawa aku hukung Hadi awal sangat, walopong tak thu hujung pakal.
Aku letakkan tapak tangang atas kepala Hadi. Menyapu lembok ghamboknya yang kasa. A mataku menitik
tak-tak. Tak seda lasong. Aku rasa
sebak sunggoh.
Aku sambar tangan cheir dia . Genggang kuat-kuat. Sambe-sambe
dok lap a mata, aku berjanji dalang hati, Anak yateng ni akan ku layang sebalas
mana budak len. Lebih daghi tu, akan aku beghi kaseh sayang soghang ayah untuknya. Aku nak pastikan dia buleh jadi
manusia yang berjasa untuk tok dan
cheir dia..
No comments:
Post a Comment