Kenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Betulkan dan salin semula ayat-ayat tersebut.. Kesalahan tatabahasa mungkin meliputi kata sendi, kata bilangan, imbuhan, kata banyak makna, ejaan dan sebagainya.
1.
Ada-ada saja yang tak kena kepada hati
Puan Lina.
2.
Guru sekolah kami rajin mengajar tetapi
semua pelajar-pelajar di dalam kelas kami tidak.
3.
Kursus yang dijalankan secara insentif
itu mendapat sokongan daripada semua pihak.
4.
Guru itu sudah memecat jawatannya
minggu lepas.
5.
Sebagai akibat penurunan mata wang Yen
Jepun, pendudukan ekonomi di beberapa negara lain turut terjejas.
6.
Encik Azmi tidak dapat menghadiri ke
majlis itu kerana isterinya sakit.
7.
Encik Azli dirawat di hospital kerana
diserang kesakitan jantung.
8.
Para pelajar itu gembira kerana
berpeluang menemui dengan Perdana Menteri.
9.
Walaupun Maznah kurang upaya, saya
terpikat dengan budi bahasanya yang baik.
10. Sesetengah
ibu bapa terlalu termanjakan anak-anak mereka.
11. Semua
pihak harus serious menangani kegiatan jenayah di sekolah.
12. Puan
Heliza gayat apabila diberitahu bahawa anaknya kemalangan.
13. Pemandu
itu ditahan polis kerana memandu secara merbahaya.
14. Petani
itu mendirikan gerai di tepi jalan untuk menjual hasil pertaniannya.
15. Hamizah
mengundang banyak kawan-kawannya ke majlis kesyukuran itu.
16. Kelab
Kembara menganjuri perkhemahan di Air Terjun Lata Mengkuang.
17. Ibu
dan ayah sayalah yang dorong saya hingga mencapai kejayaan ini.
18. Para
hadirin bertepok tangan setelah beliau selesai berucap.
19. Puan Doshan tidak
pernah menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan kedua-dua orang anaknya
itu.
20. Kamariah
menangis tersedak-sedak apabila menerima berita kematian itu.
Jawapan
1. kepada --> pada
2. semua pelajar-pelajar --> semua pelajar
3. insentif --> intensif
4. memecat --> meletakkan
5. pendudukan --> kedudukan
6. menghadiri ke --> menghadiri / menghadirkan diri ke / hadir ke
7. kesakitan --> sakit
8. menemui --> bertemu
9. terpikat dengan --> terpikat oleh
10. termanjakan --> memanjakan
11. serious --> serius
12. gayat --> cemas / bimbang / gementar
13. merbahaya --> berbahaya
14. mendirikan --> membuka
15. banyak kawan-kawan --> banyak kawan
16. menganjuri --> menganjurkan
17. dorong --> mendorong
18. bertepok --> bertepuk
19. pertelingkahan kedua-dua --> pertelinkahan antara kedua-dua
20. tersedak-sedak --> teresak- esak
2. semua pelajar-pelajar --> semua pelajar
3. insentif --> intensif
4. memecat --> meletakkan
5. pendudukan --> kedudukan
6. menghadiri ke --> menghadiri / menghadirkan diri ke / hadir ke
7. kesakitan --> sakit
8. menemui --> bertemu
9. terpikat dengan --> terpikat oleh
10. termanjakan --> memanjakan
11. serious --> serius
12. gayat --> cemas / bimbang / gementar
13. merbahaya --> berbahaya
14. mendirikan --> membuka
15. banyak kawan-kawan --> banyak kawan
16. menganjuri --> menganjurkan
17. dorong --> mendorong
18. bertepok --> bertepuk
19. pertelingkahan kedua-dua --> pertelinkahan antara kedua-dua
20. tersedak-sedak --> teresak- esak
No comments:
Post a Comment