Karangan PPSR : Surat Tidak Rasmi : Surat Kepada Nenek - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 21 May 2018

Karangan PPSR : Surat Tidak Rasmi : Surat Kepada Nenek


Tulis sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti.  

No. 6G, Lorong 4E,          Taman Bakawali,         70000 Seremban.
                                                                                                            19 April 2018.  

Ke hadapan nenda berdua yang kini berada di Kampung Chepir dengan selamatnya.  

Nenda, 
            Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana? Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat. Cucunda dan keluarga di sini, sihat-sihat sahaja.  

Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang. Cucunda akan menyertai pertandingan bola tampar di sekolah. Pertandingan bola tampar itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini.   

Cucunda berharap agar nenda berdua bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda saja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas ke  Korea.  

Setakat ini sahaja yang dapat cucunda tuliskan pada kali ini. Doakanlah kejayaan cucunda dalam pertandingan itu. Semoga bertemu nanti.     

                                                                                               Cucundamu yang jauh,         
Ismail Izani

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot