Kata adjektif
ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu
benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sekurang-kurangnya sembilan jenis kata
adjektif.
Jenis Kata Adjektif
- Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik,
tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas,
condong
- Kata Adjektif Warna
Contoh:
hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
- Kata Adjektif Ukuran
Contoh:
nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
- Kata Adjektif Bentuk
Contoh:
kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
- Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
- Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
- Kata Adjektif Perasaan
Contoh:
sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
- Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
- Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau,
kelat, masin, masam, nyaring, gemeresik
Isi tempat kosong
dengankata adjektif yang paling sesuai.
1. Lampin
adik berbau _________ kerana dia telah kencing.
A hapak B kering C hanyir D haring
2. Kita
boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana ia lebih _________dan
_____________
A
baik…lambat B selesa…kuat C lemah…deras D selesa…cepat
3. Kemarahan
jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain
sambil lewa setelah
pihak lawan menjaringkan gol.
A
membara B menaik C reda D
membakar
4. Razak
terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo
Negara.
A lawa B anggun C cantik D
jelita
5. Kebanyakan
penonton berasa ________ kerana perlawanan hoki itu
ditangguhkan kerana hujan
sangat ________.
A
kecewa…renyai B hampa…hebat C duka…kuat D kecewa…lebat
6. Darah
_______ memancut daripada tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris
akibat
fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
A merah B kuning C putih D merun
7. Tidak ada
orang yang sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita seperti
askar Israel kecuali
orang yang tidak mempunyai _________ langsung.
A kasih
sayang B harga diri C peri laku D peri
kemanusiaan
8. “Buah
dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata
Nazrul.
A
kelat…rendang B manis...tinggi C manis...lurus D masam...rimbun
9. Para
hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.
A
hairan...handal B bangga...layak C terharu...bijak D kagum...petah
10. Murni
berasa ________ untuk berpisah dengan keluarga angkatnya setelah
seminggu mengikuti
Program Khidmat Mahasiswa di kampung itu.
I pilu III
sedih II sayu IV kecewa
A I dan
III B I, II dan III C II dan III D I, II
dan IV
11. Orang
yang________itu berasa berat hati hendak menderma kepada anak
______________itu.
A bakhiL ...
istimewa B sedih ... cacat C pilu ... lembab D dungu ... nakal
12. Kuih itu
memang_________tetapi terlalu_________ .
A enak ... pahit B sedap ... hanyir C lazat ... manis D cantik ... payau
13. Dia berjaya
kerana dia__________menghadapi cabaran yang mendatang.
A cekap B tabah C tahan D
tuntas
14. Mereka
bersahabat___________sejak kecil lagi.
A intim B mesra C baik D rapat
15. Bayi itu
memang________________ .
A cantik B tampan C comel D molek
16. Jangan
makan keropok yang___________itu.
A lemau B garing C hanyir D empuk
____________.
A hodoh ... sombong B baik ... jahat
C dungu ... degil D lurus ... nakal
al
18. Belilah
barangan____________ . Jangan beli barangan___________ yang
rendah mutu barangannya.
A baik ... buruk C tulen ... palsu
B baru ... lama D klasik ... antik
19. Rumah
orang miskin itu__________ .
A condong B bengkok C bongkok D serong
20. Penggunaan
istilah bahasa yang telah__________sesuai digunakan dalam
perhubungan seharian.
A mampan B padu C ceria D mantap
No comments:
Post a Comment