Imbuhan Pinjaman - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 19 May 2018

Imbuhan Pinjaman


 
     Nota : Imbuhan Pinjaman
·                 Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan  
         dan  akhiran

     Awalan  maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:

Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti

      Awalan tata - :  yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem

Tata -
Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

     Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.


sejarawan
Ahli sejarah
Sukarelawan
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Usahawan
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
Wartawan
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.
     
      Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:

-          man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

     Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli  Contoh:

-          wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

      Akiran  - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Isi tempat kosong di bawah dengan imbuhan pinjaman yang sesuai.

juruacara      peragawati      prakata       dwibahasa     prasekolah
usahawan     mahasiswa      tataetika       jurutera        biduanita

1. Abang Zainal merupakan                              di Universiti Utara Malaysia.

2. Kerajaan akan mengkaji pendidikan                            bagi kanak-kanak yang    
    berumur lima tahun mulai tahun hadapan.

3. Nazheef meminta bapanya membelikannya sebuah kamus                                .

4.                             majlis malam kebudayaan mempersilakan Yang Berhormat  
    Menteri Besar merasmikan majlis.

5. Para penonton menari mengikut rentak muzik apabila                             popular   
    itu  menyanyikan sebuah lagu yang mempesonakan.

6. Tuan Haji Jamali diminta menulis                                bagi buku terbitan 
    Doktor Borhan yang berjudul " Penyakit Berjangkit ".

7. Setiap warganegara perlu memelihara                               yang baik demi 
    menjaga imej negara.

8. Bangunan yang canggih itu dibina oleh pekerja-pekerja mahir di bawah 
    pengawasan                                    tempatan yang bertauliah.
 
9. Beberapa orang                            yang ayu sedang menggayakan baju kurung 
    rekaan  Encik Salihin.

10. Encik Azizul merupakan                                  yang bergiat dalam bidang 
      perniagaan makanan dan minuman.

Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman.
  1. Encik Zaidi merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya sejak lima tahun lepa
  2. Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi oleh jiran-jirannya.
  3. Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang disegani ramai.
  4. Banyak wartawan asing hadir pada majlis tersebut.
  5. Abang Syamsul  merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang berwibawa.
  6. Jamilah merupakan seorang peragawati yang terkenal
  7. Nadia belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.
  8. Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari Selasa.
  9. ``Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu,’’ pesan Cikgu Soleha.
  10.  Buku yang tebal biasanya didahului dengan prakata.


No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot