Karangan PPSR : Guru Yang Saya Kagumi - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday 21 May 2018

Karangan PPSR : Guru Yang Saya Kagumi


                        Guru merupakan insan yang mulia. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan menghargai mereka. Selain itu, guru-guru juga seperti ibubapa kita yang mendidik kita dan menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh.

                        Guru yang saya paling kagumi ialah Puan Norida. Beliau mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Puan Norida juga merupakan guru kelas saya bagi Tahun Enam. Beliau berumur mungkin lebih daripada 40 tahun.

                        Saya sangat suka akan Puan Norida terutamanya kerana beliau mengamalkan sikap dan nilai yang perlu kita pelajari. Contohnya, beliau seorang yang baik hati. Walaupun demikian, beliau tetap tegas. Puan Norida selalunya membantu murid-murid yang lebih lemah dalam pelajaran dan juga mendisiplinkan muri-murid yang nakal di sekolah.

                     Selain itu, beliau juga mengambil berat terhadap semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun kesihatan. Saya tidak akan lupakan kejadian itu, ketika Hari Sukan yang lalu. Saya telah pengsan apabila perbarisan diadakan. Apabila saya tersedar, saya nampak Puan Norida duduk di sisiku. Rupa-rupanya, Puan Norida telah menjaga saya selama masa saya terpengsan. Saya berasa sangat gembira kerana Puan Norida ialah guru kelas saya.

                       Di samping itu, Puan Norida juga mengajar kami dengan cara-caranya yang tidak bosan seperti berbual dengan kami ketika kami sedang membuat kerja, memberikan banyak contoh yang berkaitan dengan topik yang sedang diajarkan dan memberi pendekatan yang lebih mudah difahami oleh kami. Ini menyebabkan ramai murid yang suka akan beliau.

                        Puan Norida juga aktif dalam ko-kurikulum di sekolah saya. Oleh itu, beliau pernah mengetuai pasukan bola jaring dan berjaya merangkul johan dalam pertandingan itu.

                        Saya sangat bangga kerana dapat diajar oleh guru yang sungguh berdedikasi ini. Saya harap dapat pulang ke sekolah saya dan dapat bertemu dengannya lagi pada masa depan.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot