Karangan UPSR : Pengalaman : Pengalaman Bercuti di Perkampungan Nelayan - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday 20 May 2018

Karangan UPSR : Pengalaman : Pengalaman Bercuti di Perkampungan Nelayan



Cuti sekolah telah pun bermula. Saya mengikut kawan karib saya, Din pulang ke kampungnya untuk menghabiskan masa cuti sekolah selama satu minggu. Kampung Din terletak di Kampung Tanjung Dawai, Kuala Muda, Kedah.. Kami menaiki bas ke sana.

          Perjalanan ke sana dari Gurun mengambil masa kira-kira satu jam. Rumah datuk Din terletak di persisiran pantai. Apabila bas meluncur ke pekarangan rumah datuk Din, kelihatan datuk dan nenek Din telah menunggu kedatangan kami di beranda rumah. Mereka menyambut ketibaan kami dengan gembira.

          Kampung Din merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kebanyakan peduduk di sana bekerja sebagai nelayan. Pemandangan di sana indah nian dan udaranya nyaman. Sebelum fajar menyinsing, saya dan Din telah bangun daripada tidur. Kami makan nasi lemak yang disediakan oleh nenek Din sebagai alas perut. Selepas itu, kami pun mengikut datuk Din turun ke laut untuk menangkap ikan.

          Inilah kali pertama saya menaiki bot nelayan ke tengah laut. Bot kami terumbang-ambing dipukul ombak apabila laut bergelora. Saya berasa loya dan pening-pening lalat. Apabila bot kami sampai di tengah laut, saya dan Din membantu datuknya melepaskan pukat untuk menangkap ikan. Setelah berjam-jam di tengah laut, kami berjaya mendapat hasil laut yang lumayan. Saya dan Din pun membahagikan hasil tangkapan kami ke dalam raga yang disediakan.

          Setibanya di jeti, kami memunggah raga yang dipenuhi hasil laut untuk dijual kepada peraih. Selepas makan tengah hari, saya dan Din menolong neneknya menyiang ikan yang tidak habis dijual. Saya tidak tahan dengan bau ikan yang hanyir. Ikan-ikan yang telah disiang dijemur di bawah sinaran matahari yang terik untuk dijadikan ikan kering.

          Pada waktu senja, saya dan Din bermandi-manda di laut. Air laut jernih dan dingin. Bayu laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh menyegarkan. Hati saya girang bukan kepalang. Saya juga berpeluang untuk belajar cara-cara untuk menyirat jala daripada datuk Din.

          Kehidupan datuk dan nenek Din di kampung sederhana tetapi bahagia. Saya berasa seronok kerana dapat merasai kehidupan di perkampungan nelayan. Memori manis ini akan terpahat dalam ingatan saya buat selama-lamanya.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot