FAEDAH MELANCONG
Melancong merupakan salah satu aktiviti
yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua
manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti
bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai
banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi
percutian.
Dengan melancong kita akan dapat
menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum
pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan
di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong
juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada
terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda
gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan
institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta
anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta
mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Dengan melancong juga kita dapat
mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar
daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti
bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui
aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama
mereka.
Melancong juga akan dapat memajukan
industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong
ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak
kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau
Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air
Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak
taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara
keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.
No comments:
Post a Comment