Karangan Cerita Lucu - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 12 May 2018

Karangan Cerita Lucu


Seusai menerangkan format dan teknik menulis karangan yang berbentuk pengalaman kepada para pelajar tingktan 4A2, aku memberikan tajuk karangan untuk mereka selesaikan di rumah.

     " Pengalaman Lucu Yang Tidak Dapat Saya Lupakan "  Itulah tajuk karangan yang menjadi tugasan dirumah. Semua pelajar akur dengan arahan ku.

     Menjelang Ahad, selepas bercuti 2 hari, semua buku latihan aku kumpulkan untuk di semak. Aku tahu, aku tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan karangan yang menarik sepanjang kira-kira 300 perkataan itu.  Maklumlah pelajar kawasan luar bandar ni kurang menguasai kemahiran tatabahasa.

     Namun, malam itu aku senyum sendirian apabila membaca satu karangan yang ditulis. 

    " Petang itu, aku dan beberapa orang rakan menaiki Bas Mara dari Pekan Sik untuk balik ke rumah.  Dalam sehari, hanya 4 trip sahaja bas ini  berulang alik ke kampung ku yang sejauh 30 kilometer.
    
     Selepas bas bergerak kira-kira 5 kilometer, seorang nenek tua menahan bas.  Selepas bas berhenti, nenek dengan raga yang sarat dengan barang-barangnya bergegas naik.  Bas kemudiannya bergerak semula menuju destinasi.  Mataku menyorot memerhatikan nenek tadi yang duduk bersebelahan dengan kerusi tempat dudukku.  Kulihat dia megeluarkan kapur dan sehelai daun sireh dari raga yang dibawanya.

     Pada ketika itulah, konduktor bas pun datang menghampirinya lalu menghulurkan tiket. Nenek itu membayar tambangnya.  Tiket beralih tangan. Selepas itu,aku tidak memperdulikan lagi kisah nenek.  Mata ku sekadar merenung baris-baris pokok getah di tepi jalan. Sekadar  melepaskan kebosanan dalam perjalanan.

     Dua kilometer selepas itu, Inspektor Bas yang memeriksa tiket pula menaiki bas.  Dia memeriksa semua tiket para penumpang.  Aku memerhatikan saja tingkahnya sementara menunggu tiba giliran tiket ku di periksa.  Sebaik sahaja tiba ditempat nenek yang kuceritakan awal tadi duduk, Inspektor Bas itu pun meminta tiket.  Dengan cepat nenek menghulurkan tiket yang ada di tangannya.

     Terkejut Inspektor bas tu melihat tiket yang dihulurkan.
     " Tok.. ni daun sireh "
    " Haa... daun sireh ? Tiket aku pi mana ?"
     
     Rupa-rupanya nenek tu tertukar tiket bas dengan sireh. Yang di kapur dan di mamah bersama  pinang adalah tiket bas.
    Berderai ketawa satu bas....

.... antara isi karangan anak muridku yang aku rasa cukup lucu dan realistik... ayatnya dah aku ubahsuai tapi plotnya tetap sama... ada bakat jadi penulis humor pelajar ku yang seorang ni...
    

 


1 comment:

Nazheef Nasa said...

😂😀😂 sangat hebat. Teruskan usaha

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot