SULTAN
MAHMUD MANGKAT DIJULANG
(
Adaptasi dari Filem Sultan Mahmud Mangkat di Julang arahan pengarah K.M.
Basker pada 1961)
Babak
1 : Latar atas kapal / pulau
Watak-watak :
1. Lakasamana
2. Datuk Busu
3. Hulubalang Jamal
4. Seorang Pengikut Laksamana
5. 4 Orang Lanun.
6. Wan Anum
Laksamana :
Datuk Busu..Datuk Busu…
Datuk Busu :
ya datuk
Laksamana :
Pulau apakah yang nampak api itu ?
Datuk Busu :
Kurang periksa datuk, biasanya pulau itu tidak ada orangnya.
Laksamana :
Datuk, perintahkan orang-orang supaya kita rapat ke sana.
Datuk Busu :
oiii… menghilir…….
Babak
pergaduhan dengan lanun dan selepas itu bertemu dengan Wan Anum.
Lakasama : Seldadu-seldadu kita yang mati bawa pegi ke sampan. Pergi
sekarang. Hulubalang Jamal, Pergi periksa perempuan-perempuan itu, siapa
mereka ?
H. Jamal : Baik datuk.
H.Jamal :
Datuk, semua perempuan sudah balik ke Kuala Sedeli. Hanya perempuan ini yang
hendak pergi ke Kota Tinggi.
Laksamana :
Jadi, tidakkah suka kamu balik dengan mereka.
Wan Anum :
Tidak datuk, hamba, yatim piatu datuk.
Ibu bapa hamba telah dibunuh
oleh lanun. Yang tinggal, hanya datuk
hamba yang tinggal di Kota Tinggi.
Laksamana :
Jadi, maksud kamu hendak ke Kota Tinggi ?
Wan Anum :
Hamba berharap sangat, datuk.
Laksamana
Err.. siapa nama kamu ?
Wan Anum :
Wan Anum, Datuk.
Laksamana :
Baiklah, kalau begitu, kamu boleh ikut bersama-sama dengan kami.
Wan Anum :
Terima klasih, datuk.
Babak
2 : Di jeti / Istana
Watak- Watak :
1.
Laksamana
2. Sultan
3.
Wan Anum
4. Awang
5.
Pengawal Istana
6.
Bendahara
7.
Tun Bija Ali
8.
Datuk Bentara Dalam
9.
2 Orang Istana
10.
2 Orang Dayang
Di
Pengkalan
Laksamana :
Awang, hantar Cik Wan Anum pergi ke rumah Pak Mahat,
Awang :
Baik..
Dalam
Istana
P.Istana :
Megat Seri Rama dititah mengadap.
Laksamana : Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah
patik harap di ampun. Dengan berkat
daulat tuanku, patik telah dapat menewaskan lanun-lanun yang membuat kekacauan
di Kuala Sedeli.
Sultan :
Sangat gembira, beta mendengarnya. Datuk Bentara Dalam..
D.B.Dalam :
Tuanku..
Sultan :
Bawa sepasang persalinan dan sebilah keris ke mari.
D.B.Dalam :
Tuanku..
Sultan : Tampil ke hadapan Megat Seri Rama.
Megat Seri Rama telah berjasa kepada beta.
Beta suka menghadiahkan sepasang persalinan dan sebilah keris kebesaran
negeri. Bagaimana fikiran pegawai-pegawai sekelian ?
Suara Ramai : Patik sekelian bersetuju, tuanku.
Sultan : Mulai dari sekarang, Megat Seri
Rama adalah bergelar Datuk Lakasamana, Megat Seri Rama.
Tun
Bija Ali : Ampun Patik, TuankuJasa
Megat Seri Rama terlalu kecil tuanku.
Belum layak diberi gelaran Laksamana, tuanku. Ampun Patik Tuanku.
Sultan : Gelaran itu adalah daripada beta,
Tun Bija Ali. Beta boleh melantik
sesiapa juga yang telah berjasa kepada
beta dan negeri ini.
Babak
3 Rumah Laksamana / Rumah Pak Mahat
Watak-Watak :
1.
Laksamana
2.
Mak Piah
3.
Pak Mahat
4.
Isteri Pak Mahat
Laksamana : Kalau boleh Mak Piah, segerakallah. Sebab
saya bimbang, kalua-kalau bunga itu di petik orang Mak Piah.
Mak
Piah : Jangan bimbang tuk, kalau ada
jodoh , ikan di darat, asam di laut eh ikan di darat asam di laut.. apa pulak..
Asam di bukit ikan di laut kala bertemu tok, di dalam kuali.
Rumah
Pak Mahat
Mak Piah :
Asalamualaikum
Pak Mahat :
Waalaikumsalam
Isterii P. Mahat
:Oh Cik Piah rupanya, jemputlah naik ke rumah.
Mak Piah :
Tak apa Cik Kiah, sembang sini pun tak apa.
Nampak bekerja keras Pak Mahat suami isteri ni.
Pak
Mahat : Beginilah.. untuk mencari
keperluan hidup, Cik Piah oi… Nampaknya kedatangan Cik Piah ini ada mempunyai
hajat.
Mak
Piah : Ye. Pak Mahat,
: Buah kedondong dari jawa,
Dibawa orang kenegeri Yaman,
Niat hati nak menyunting bunga,
Bunga yang kembang harum di taman.
Pak
Mahat :
Bunga Mawar Bunga Melati
Manakan sama bunga Pekan,
Kalau sungguh hajat di hati,
Sila sunting, kami izinkan.
Bagaimana fikiran awak wei…
Isteri
P.Mahat : kalau dah sudah jodoh memanggil, apa nak buat… sedangkan anak
pengail, kawin dengan puteri raja.
Babak
Empat ( Nyanyian Lagu )
Watak
:
1.
Laksamana
2.
Wan Anum
Laksamana : Aduhai adinda,
Dengarlah madah kekanda
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta ahai nyawa pada mu juga
Tercurahlah cinta ahai nyawa pada mu juga
Wan
Anum : Aduhai kekanda
Junjungan kasih ku puja
Aduhai kekanda
Junjungan kasih ku puja
Hidup bersumpah setia, ahai sayang, kekal
bahagia.
Hidup bersumpah setia, ahai sayang, kekal
bahagia.
Babak
5 Istana
Watak :
1.
Sultan
2.
Bendahara
3.
Tun Bija Ali
4.
Tun Aman
5.
Pengawal
6.
2 Dayang Istana
7.
Beberapa orang menteri yang lain
Sultan : Mengapa awal benar datuk bendahara
mengadap ? Adakah perkara yang mustahak ?
Bendahara : Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun.
Patik membawa berita buruk, Tuanku.
Sultan :
Apakah berita nya, Bendahara ?
Bendahara : Kerana lanun-lanun telah bermaharajalela dan
mengganas, membunuh kepada sekalian ahli-ahli perniagaan yang hendak berniaga ke
dalam negeri ini tuanku.
Tun
Bija Ali : Ampun Tuanku. Ini kita tidak
boleh tinggal diam. Biar patik sendiri
menghapuskannya.
Sultan :
Ya, Tun bIja Alilah harapan beta.
Bendahara : Ampun Tuanku, pada bicara patik, laksamana yang mesti dititahkan menjalankan kewajipan
ini, tuanku. Kerana dia telah mempunyai pengalaman yang luas di laut,Seperti
Datuk Tun Bija, pandai menjaga keamanan negeri.
Sultan :
Benar, Bentara Dalam, Pereintahkan laksamana mengadap.
Sultan
: Datuk bendahara dan pegawai-pegawai sekelian,
tujuan beta memanggil datuk laksamana hari ini, ialah untuk memerintahkan
supaya datuk laksamana menghapuskan lanun-lanun yang mengancam keamanan negeri.
Bagaimana fikiran datuk laksamana ?
Laksamana : Titah dijunjung tuanku. Demi untuk
keselamatan negeri, patik bersedia untuk menghapuskan lanun-lanun itu smeua.
Sultan : Bagus laksamana. Bagus. Sekarang
datul boleh memilih hulubalang yang cergas-cergas untuk mengiring datuk.
Lakasamana : Menjunjung titah tuanku.
Babak
6 Nyanyian lagu Gurindam jiwa
Watak :
1.
Laksamana
2.
Wan Anum
Wan
Anum : Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Lakasamana
: Intai kami antara ampak
Esok jangan rindu-rinduan.
Wan
Anum : Anak Cina pasang lukah
Lukah si pasang, di tanjung jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Babak
Tujuh Di rumah Wan Anum
Watak-watak :
1.
Wan Anum
2.
Awang
3.
Penghulu Bendahari
Wan
Anum : Wang…Awang
Awang : Ya cik Wan… ya Cik Wan
Wan
Anum : Aku ini teringin sekali nak makan
nangka Wang.
Awang : Ini belum musim la, Cik Wan
Wan
Anum : Carikan di mana-mana Wang
Awang : Baiklah Cik Wan, Nanti saya carikan.
Wan
Anum :
Sekarang Awang…
Awang : Baik, Cik Wan
-------------------------------------------
Wan
Anum : Bagaimana wang ? Kau tak dapat ?
Awang : Puas hamba mencarinya, tapi tak
dapat Cik Wan.
-----------------------------------------------------
Wan
Anum : Oh tok Penghulu Nak kemana ?
Penghulu
: Ke istana Cik Wan.
Cik
Wan : Apa tu ?
Penghulu : Nangka
Cik
Wan : Nangka
Penghulu : Iya, hamba dititah menyembahkan nangka
ke bawah duli.
Wan
Anum : Hai datuk, datuklah yang dapat
menolong hamba.
Penghuku : Pertolongan apa yang Cik Wan hajatkan ?
Wan
Anum : Hamba ni, terimgin sangat nak
makan nangka tok. Puas sdah hamba menyusuh Awang mencarinya, tetapi malang, tak
dapat tok
Penghulu
: Oh, Tak Boleh Cik Wan.Nangka ini,
nangka Tuanku.
Wan
Anum : Tok, hamba bukan nak kan banyak. Seulas pun jadilah tok.
Penghulu : Maafkan hamba Cik Wan. Hamba Takut.
Wan
Anum : Tolonglah tok, kempunan hamba
Penghulu : Hamba takut dimurkai sultan, cik Wan.
Cik
Wan : Nangka itu bukan hamba yang
nak makan,mungkin anak yang hamba kandung ini tok.
Penghulu : Cik wan ni mengidam gamaknya.
Wan
Anum : Tok.. kasihanilah hamba tok.Kalau
datuk tak kasihani hamba pun, kasihanilah anak yang hamba kandung ini. Tok,
tolong lah tok.
Babak
8 Istana Sultan
Watak-watak:
1.
Sultan
2.
Pengawal
3.
2 orang dayang
4.
Bendahara
5.
Penghulu Bendaharai
6.
Tun Bija Ali
7.
Wan Anum
8.
Tun Aman
9.
Pertanda
Pengawal : Ampun tuanku. Penghulu bendahari hendak
mengadap ke bawah duli membawa persembahan buah nangka tuanku.
Sultan : Ha bagus. Benarkan dia ke dalam.
Pengawal : Mohon Patik, tuanku
Sultan : Mari bersama kita menikmati persembahan buang nangka beta
itu.
Sultan :
Nangka ini, beta yang menanamnya.
Tun
Bija Ali : Mohon patik membelahnya ,
Tuanku.
Sultan : Tunggu dulu ….. amboi, harum benar
baunya.
Dayang : Memang benar tuanku. Barangkali isi
dalamnya tentu mnis.
Sultan : Sudah tentu, bukankah nangka ini
nangka sulung… Dayang , bawa sebilah pisau.
Dayang : Mohon patik, tuanku.
Sultan : Mengapa bergetah pula nangka ini ?
Nampaknya bekas di tebuk orang penghulu.
Apa maknanya ini ? Kenapa berdiri tegak, tidak menjawan pertanyaan beta
? Jawab pertanyaan beta.
Penghulu : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah
patik harap di ampun. Sebenarnya, nangka
seulas itu diminta oleh Wan Anum kerana pacal itu, mengidam. Ampun tuanku.
Sultan : Siapakah wan Anum ?
Penghulu : Isteri Laksamana, Tuanku.
Tun
Bija Ali : Ampun tuanku, nampanya Wan
Anum telah merasa megah dirinya, tuanku.
Dayang : Ampun, tuangku. Janganlah tuanku
murka. Ini kerana seulas nangka.
Sultan : Diammmm.. keluar kamu semua dari
sini…keluar…. Beta yang menanam nangka ini, adakah molek orang lain merasai
manisnya terlebih dulu. Jika seorang hamba berani memberi sisanya kepada beta
bermakna derhaka hamba itu kepada beta. Pertanda, penggal akan penghulu yang
tidak amanah ini.
---------------------------------------------------------------------------
Pengawal : Ampun Tuanku, pacal Wan Anum datang
,mengadap.
Wan
Anum : Ampun tuanku… patik…
Sultan : Kamu yang bernama Wan Anum ?
Wan
Anum : Patik, Tuanku.
Sultan : Benar kamu mengambil seulas nangka
dari penghulu bendahari ?
Wan
Anum : Benar Tuanku
Sultan :
Mengapa begitu berani mengambilnya?
Wan
Anum : Ampun Tuanku, sebenarnya, patik
mengidam tuanku.
Tun
Bija Al i: Mohon patik tuanku, Berani
kamu memberi sisa kepada sultan ?
Wan
Anum : Ampun tuanku, beribu-ribu ampaun.
Bukan patik yang menghendakkan nangka itu tuanku,tetapi, harus anak yang patik
kandung ini yang menyebabkan patik ingin memakan nangka itu.
Sultan :
Cis berani kamu memperbodohkan beta ya.
Tun
Bija Ali : Ampun Tuanku, ini semua
karut. Mohon patik belah perutnya supaya dapat dibuktikan
Tuan
Aman : Jangan lebih sudu dari bubur, Tun
Bija.
Sultan : Diam kamu bedebah. Jangan campur
dalam urusan ini
Tun
Bija Ali : Mohon patik hapuskan
riwayat Tun Aman.
Bendahara : Mengapakah begitu biadab. Bukankah kita berhadapan dengan sultan.
Sultan : Lucutkan jawatan Tun Aman….. dan
nyah kamu dari sini. … pertanda, bawa ke dalam perempuan ini, dan belah
perutnya.
Bendahara : Ampun tuanku, kasihanilah Wan Anum. Patik
Mohonkan ke bawah duli.
Sultan : Diam.. Bendahara mempunyai rasa,
tetapi beta berhak dan berkuasa. Tun Bija belah perutnya.
Tun
Bija : Pertanda, belah perutnya.
Wan
Anum : Kasihanilah patik tuanku, kasihanilah
anak yang patik kandung ini tuanku… Tuanku, patik tak bersalah tuanku. patik
tak bersalah tuanku.
Sultan :
Tun Bija apa ini ? Habiskan riwayatnya….. Tun BIja jalankan perintah
Tun
Bija Ali : Mohon patik, tuanku.
Babak
9. Istana Sultan
Watak
:
1.
Laksamana
2.
Sultan
3.
Pengawal Istana
4.
Bendahara
5.
Tun Bija Ali
7.
Datuk Bentara Dalam
8.
2 Orang Istana
9.
2 orang Dayang
Sultan : Silakan Laksamana. Khabar apakah
yang dibawa ?
Laksamana : Ampun Tuanku. Dengan berkat daulat tuanklu,
khabar baik yang patik bawa.
Sultan : Sangat gembira beta mendengarnya.
Tetapi, bagaimana dengan lanun-lanun itu?
Laksamana : Lanun-lanun itu telah dapat patik tewaskan
dan segala harta rampasan akan patik
sembahkan menjadi persembahan kepada tuanku.
Sultan : Terima kasih laksamana. Datuk Laksamana
telah membuat jasa kepada beta dan negeri.
Untuk membalas jasa baik datuk, beta akan kurniakan setinggi-tinggi
pengurniaan kepada datuk.
Laksamana : Tuanku, jasa baik patik itu tidak
mengharapkan balasan. Semata-mata kerana taat setia patik kepada tuanku.
Sultan : Tidak Laksamana. Tiap-tiap ada persembahan, mesti ada
kurnia. Beta serahkan seluruh kampong
Kelantan di bawah penguasaan datuk.
Laksamana : Limpah kurnia tuanku, terjunjung di atas
batu jemala patik.
Sultan : Baiklah. Beta fikir, tentu
laksamana letih. Silakan berehat
dulu.
Laksamana : Patik bermohon diri tuanku.
Babak
10 . Laksamana Balik ke rumah dan memanggil isterinya
Laksamana
: Wan… Wan… Wan Anum… Wan… Wan Anum…. Wan
Babak
11. Laksamana bertemu bendahara dan Tun Aman
Laksamana:
Hari ini anak bentan hendak menderhaka datuk.
Hamba beri susu, rupanya di balas dengan tuba.
Bendahara:
Maut jangan ditempa, ajal jangan dicari. Kita hidup mestilah bersabar.
Laksamana
: Ah bersabar… bersabar… bukan masanya hendak bersabar datuk….. harapkan pagar,
pagar makan padi, harapkan sokong, ru[panya sokong membawa rebah. Kemana
perginya isteri hamba, kemana pergi anak hamba dan kemana pergi orang suruhan
hamba, Si Awang datuk ? Cakap datuk, cakap.
Tuan
Aman. Sekarang biar hamba terangkan datuk laksamana. Wan Anum telah dibunuh Sultan kerana seulas
nangka. Anak yang dikandungnya juga turut mengikut nasib ibunya. Dan menurut
khabar angin, Si Awang telah dibunuh oleh Tun bija Ali, Datuk.
Babak
12. Laksamana bertemu Sultan yang berada di atas usungan.
Sultan:
Hai laksamana, basah nampaknya ?
Laksamana:
Ya.. tiap yang basah pasti ada keringnya.
Sultan:
Mengapa laksamana berkata demikian ?
Laksamana
: Bagaimana tuanku menanam, begitu juga patik menuai
Sultan:
Mengapa begitu biadap ?
Laksamana
: Jika kerbau mempunyai tanduk, rotan yang lembut juga mempunyai onak tuanku.
Pengiring:
Laksamana, mengapa biadap terhadap sultan ?
Laksamana:
Ciss.. Sultan adil, sultan ku sembah, sultan zalim sultan ku sanggah..
Sultan
: Anak Bentan jika menjejak Kota Tinggi Kelak, muntah darah..
Lagu
( Medina Cover Wanie )
Wahai
manusia, jangan engkau tertipu daya
Oleh
dunia yang fana sebagai tempat ujian bagi kita
Dunia
sementara, akhirat selama lamanya
Orang kaya mati, orang miskin
mati
Raja-raja mati, rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari, tak ada yang
berarti
Aaaaa
aaaaa aaaaaaaaa
Wahai
manusia, jangan engkau tertipu daya
Oleh
dunia yang fana sebagai tempat ujian bagi kita
Dunia
sementara, akhirat selama-lamanya
Orang kaya mati, orang miskin
mati
Raja-raja mati, rakyat biasa mati
Orang kaya mati, orang miskin
mati
Raja-raja mati, rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari, tak ada yang
berarti
Dunia yang dicari, takkan di bawa
mati
Disusun dan diarahkan Oleh :
Cikgu Nasaruddin Darus
No comments:
Post a Comment